Thursday 23 May 2019

AK 6: PROMOSI SAMBUNGAN BAHARU & KEMPEN SAMBUNG SEMULA


Gegak gempita seluruh alam memperkatakan tentang gangguan bekalan air dan kegagalan Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) menyediakan perkhidmatan kepada pengguna sedia ada, AKSB tanpa segan silu mengadakan PROMOSI SAMBUNG BAHARU & KEMPEN SAMBUNG SEMULA BEKALAN AIR.

Inilah dikatakan tidak sedar keupayaan diri, tetapi berlagak seperti hebat sangat. Kalau pelanggan sedia ada tidak mampu disediakan berkalan air secukupnya, tentu sekali kalau ditambah lagi pengguna baharu, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.

Apakah strategi pemasaran AKSB sebenarnya. Adakah mereka ingin terus dipersalahkan dengan kegagalan menyediakan perkhidmatan? Adakan AKSB berasa lebih hebat di mata rakyat apabila saban hari menerima aduan dan rungutan daripada pengguna yang rasa kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan?

Atau, adakah AKSB memang terdesak untuk mendapat wang dengan cara menambah bilangan pengguna berdaftar agar dapat memunggut bayaran sewa meter air walaupun air tidak dibekalkan?

Kepada pihak pengurusan AKSB, janglah duduk tambah dosa. Kalau tidak mampu menyediakan perkhidamatan terbaik kepada pengguna sedia ada, jangan pula menawarkan perkhidmatan kepada yang baharu.

Sikap pengurusan AKSB ini umpama seperti yang dilihat oleh Rasulullah SAW ketika Israk Mikraj yang mana baginda melihat orang yang tidak larat untuk memikul bebanan, tetapi masih terus menambah bebanan itu.

No comments:

Post a Comment