Pemimpin
bukan calang-calang individu. Dia individu mempunyai keistimewaan dalam bidang
yang mana dia dipilih menjadi pemimpin. Pemimpin mesti mempunyai kewibawaan
untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.
Antara
ciri-ciri pemimpin yang baik:
-
Berani mengatakan tidak boleh ketika keadaan yang memerlukan.
-
Menghentikan sesuatu aktiviti apabila didapati merugikan atau bercanggah dengan
hukum Islam.
-
Mementingkan kebajikan dan keperluan orang ramai daripada keperluan peribadi.
-
Bijak mengurus masa dengan ada keseimbangan di antara tanggungjawab dalam
organisasi, rumah tangga dan masyarakat.
-
Mengambil perhatian kepada hubungan kemanusiaan dengan mewujudkan suasana persaudaraan
di dalam dan luar organisasi.
-
Memilih ahli (pekerja) dengan teliti dan mengambil kira keperluan organisasi
dan tuntutan Allah SWT.
-
Sentiasa mengambil berat pembentukan peribadi, kemahiran dan kreativiti anggota
organisasi.
-Mementingkan
apa yang dapat dilakukan dengan sempurna dari memikirkan halangan dan sekatan
dihadapi.
-
Menghebahkan perkara baik dan positif dan menyembunyikan keburukan dan
kelemahan orang lain.
-
Mengambil kira kemaslahatan organisasi secara menyeluruh.
-
Mempunyai kaedah dan sistem pengawasan dan penilaian yang baik.
-
Menjaga rahsia atau perkara sulit organisasi daripada pengetahuan umum.
-
Menggalakkan kecemerlangan, tetapi tidak mengharapkan keunggulan daripada
anggota organisasi.
-
Mengenal pasti keutamaan dan dapat mengagihkan tugas menurut keutamaan
berdasarkan kebolehan dan kemampuan individu yang diamanahkan.
No comments:
Post a Comment