Pengikut
perlu mematuhi kepemimpinan organisasi. Kepatuhan diperlukan bagi memastikan
matlamat organisasi berjaya dicapai.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang berkuasa)
daripada kalangan kamu,” - Surah al-Nisa, ayat 59.
Kepatuhan
pengikut kepemimpinan amat penting. Tanpa kesetiaan, organisasi tidak berfungsi
dengan baik. Adalah menjadi tanggungjawab yang dipimpin mentaati dan mengikuti
arahan diberikan selagi sesuatu kepemimpinan itu menjalankan tugas dengan penuh
amanah dan tidak menyuruh atau melakukan perbuatan atau arahan yang melanggar
hukum Islam.
Ketaatan
kepada pemimpin tidak terhad kepada perkara yang disukainya saja, tetapi
menyeluruh sama ada perkara itu disukai atau dibenci.
Seseorang
pemimpin tidak mungkin dapat memimpin dengan berkesan seandainya ada sekumpulan
pengikut atau ahli organisasi yang sentiasa mempunyai pandangan negatif, tidak
mempunyai matlamat sealiran dengan pemimpin dan tidak pernah bersetuju dengan
pandangan dan pemikirannya.
Maka
itu, kejayaan organisasi bergantung kepada ketaatan atau keupayaan pengikut
melakukan apa yang diarahkan atau ditetapkan pemimpin.
Keberkesanan
kepemimpinan sesebuah organisasi bergantung kepada beberapa faktor, diri
pemimpin itu sendiri, situasi dalam organisasi dan faktor yang mempengaruhi
kelakuan dan peranan ahli organisasi.
Gaya
kepemimpinan yang dipraktikkan ketua mungkin berkesan di dalam sesuatu keadaan
dan tidak berkesan di dalam sesuatu keadaan lain. Maka itu pemimpin kreatif
menyesuaikan gaya kepimpinan. Paling penting, jangan ego dengan kejayaan
menjadi pemimpin di tempat lain. Lain padang lain belalang.
Kepemimpinan
yang berkesan sewajarnya peka dan sensitif dengan segala perubahan dalam
persekitaran. Seterusnya melengkapkan diri dengan segala ilmu yang dapat
membantu untuk mengurus dan menyesuaikan diri dengan segala situasi dan
persoalan yang dihadapi.
Pada masa sama mewarnakan diri dengan perhiasan ketakwaan, keilmuan, hikmah dan kebijaksanaan di dalam mentadbir sesuatu organisasi atau syarikat.
Pada masa sama mewarnakan diri dengan perhiasan ketakwaan, keilmuan, hikmah dan kebijaksanaan di dalam mentadbir sesuatu organisasi atau syarikat.
No comments:
Post a Comment