Kepimpinan
suatu kuasa menghubungkan pemimpin dengan pengikut. Pemimpin yang baik mampu mendorong
pengikut supaya melakukan apa yang ditetapkan dalam organisasi.
Kepemimpinan
adalah satu proses dinamik, tidak statik dan mempunyai objektif sendiri iaitu
satu kaedah pengarahan dan pembentukan manusia memenuhi keperluan organisasi. Dalam
Islam, kepimpinan membawa kepada keimanan kepada Allah SWT.
Kepemimpinan
adalah suatu yang amat diperlukan dalam pengurusan Islam supaya di dalam suatu
kumpulan atau organisasi itu ada pihak yang mengarah dan mengatur urusan. Apabila
ada pemimpin, urusan yang dilakukan dapat difokuskan dan mengelak perbuatan
membuat keputusan sendiri.
Rasulullah
SAW bersabda: “Jika tiga orang keluar bermusafir hendaklah salah seorang
daripada mereka dilantik menjadi ketua”.
Jelas
sekali, dalam kelompok yang kecil telah ditetapkan agar dilantik seorang ketua.
Tentu sekali pemimpin perlu dipilih untuk satu organisasi yang besar seperti
sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat.
Dalam
sebuah organisasi yang besar, kepimpinan tidak ditentukan oleh seorang individu
sahaja biarpun ada yang dilantik sebagai paling tinggi jawatannya. Contohnya, dalam
kepimpinan negara, ia ditentukan secara kolektif oleh kebinet.
Fungsi
kepemimpinan:
-
Membentuk dan membimbing ahli ke arah kejayaan dunia akhirat. Menyatukan
kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan,
pendengar yang sabar dan seumpamanya.
-
Mewujudkan suasana selesa kepada orang yang dipimpin termasuk memberikan
dorongan berdasarkan ganjaran atau hukuman dan teguran. Merancang, menyelia dan
menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada warga organisasi.
-
Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi dengan berkemahiran
mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau
kumpulan besar.
No comments:
Post a Comment