Pengertian iman menurut
istilah syarak ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan pengakuan itu dengan
hati dan mengamalkannya dengan anggota. Keimanan itu diasaskan atas keyakinan
yang kukuh terhadap enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, malaikat,
kitab, rasul, hari akhirat dan beriman kepada qadak dan qadar.
Semua rukun iman itu mesti diyakini dengan teguh dalam erti kata yang
sebenar. Kita tidak boleh menerima separuh-separuh saja dan membuang yang lain.
Jika kita tidak mempercayai mana-mana Rukun Iman, bermakna keimanan kepada
Allah tidak sempurna.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Banyak orang mengaku beriman, tetapi dari segi tingkahlakunya tidak
melambangkan seperti apa yang diucapkannya. Keadaan ini terjadi disebabkan
tahap keimanan yang belum kuat sepenuhnya.
Apa yang dilakukan oleh manusia sepenuhnya terpulang baik dan buruknya
terdiri sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan atau kerugian atas apa
yang dilakukan oleh manusia. Ini kerana Allah tidak memerlukan apa-apa
pertolongan daripada manusia. Sebaliknya, manusialah yang memerlukan pertolongan
Allah.
Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka
kebaikan akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat
kejahatan, bahaya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali
berlaku zalim kepada hamba-Nya." (Surah Fussilat, ayat 46)
No comments:
Post a Comment