Konsep iman tidak hanya di mulut. Sebaliknya
untuk menyempurnakannya memerlukan kepada perlaksanaan apa yang ditetapkan oleh
syariat. Orang beriman mempunyai akidah yang kukuh pasti mentaati segala
perintah Allah dengan ikhlas dan sebaik mungkin.
Tidak dinafikan
bahawa manusia tidak sunyi daripada melakukan perkara dosa. Ini tidak pula
manusia tidak berpeluang menubus kembali kesilapan itu. Allah Maha Pengampun
dan Maha Penyayang memberi peluang untuk sesiapa yang sedar kesilapan yang
telah dilakukan agar bertaubat.
Taubat ialah
penyesalan yang sungguh-sungguh dan bertekad tidak mengulangi dosa tersebut.
Mereka yang bertaubat menyatakan ikrar akan taat kepada perintah Allah.
Sebaliknya,
mereka yang terus hanya melakukan dosa menyebabkan hidup semakin jauh dari
rahmat Allah. Pelaku dosa tidak patut menyangka bahawa mereka akan terlepas
daripada azab Allah di akhirat nanti, biarpun mungkin mereka terlepas
pembalasan di dunia ini.
Firman Allah
dalam surah al-Ankabut, ayat 4 yang bermaksud: "Bahkan patutkan orang yang
melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas daripada azab
Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu."
Sangkaan bahawa
dosa yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan atau pembalasan sebenarnya
tidak munasabah pada akal waras, jauh sama sekali daripada prinsip keadilan,
apatah lagi menepati syariat Islam yang mana menetapkan setiap perbuatan
manusia di dunia ini akan mendapat pembalasan, biarpun sekecil mana kebaikan
atau keburukan yang dilakukan.
Justeru itu,
Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama dengan
melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Dengan
ini, barulah individu Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai
hamba-Nya yang bertakwa.
Allah berfirman
yang bermaksud: "Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kamu kepada
al-Quran yang diwahyukan kepada kamu kerana sesungguhnya kamu berada di atas
jalan yang lurus." (Surah al-Zukhruf, ayat 43)
Maka jelas, orang
yang beriman tidak ada pilihan melainkan taat dalam melakukan syariat jika dia
ingin kembali di sisi Allah di akhirat kelam dalam keadaan yang diredai.
Firman Allah
bermaksud: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan
segala nikmat yang diberikan, lagi diredai di sisi Tuhanmu.” (Surah al-Fajr,
ayat 28).
No comments:
Post a Comment