Bilangan masjid di negara kita banyak. Keadaan cukup gah. Bangunan besar dan luar. Kawasan sekitar juga luas. Kawasan tandas dibina berasingan yang agak selesa.
Namun, sukar untuk ditemui masjid yang turut menyediakan ruang
untuk musafir beristirahat dan bermalam. Jauh sama sekali untuk diadakan tempat
untuk tempat tinggal sementara kepada yang memerlukannya.
Malah, kita sering terpandang tulisan 'Dilarang Tidur Dalam
Masjid'. Masjid menjadi sunyi tanpa penghuni apabila berakhir waktu sembahyang
Isyak atau aktiviti keagamaan yang dilakukan di masjid. Tidak hairan jika
masjid jadi sasaran pencuri.
Tidak ada tegahan di dalam masjid dijadikan tempat tidur,
terutama kepada musafir. Lebih elok jika disediakan sudut tempat tidur yang
khusus. Manakala bilik dan ruang khusus untuk orang tiada kediaman patut
disediakan. Itulah yang disediakan di tempat ibadat agama lain.
Rasulullah SAW pernah menyediakan tempat tinggal sementara di
pekarangan masjid bagi sekelompok sahabat yang tidak berwaris dan tidak
mempunyai tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment