Ini
cerita bapa mentua aku. Dia bercerita tentang best main. Aku malu-malu juga nak
dengar cerita best main ni. Mudah kata cerita sedap main. Dahlah dia nak cerita
sedap main yang dia alami sendiri. Memang gempak lah.
Menurut
cerita bapa mentua aku, budak-budak zaman dahulu mempunyai banyak jenis
permainan yang boleh dimainkan mengikut musim dan keadaan. Yang penting semua
jenis permainan itu best dimainkan.
Semua jenis permainan pada masa dia kecil-kecil itu perlu dimainkan secara beramai-ramai atau paling tidakpun perlu bermain dua orang.
Semua jenis permainan pada masa dia kecil-kecil itu perlu dimainkan secara beramai-ramai atau paling tidakpun perlu bermain dua orang.
Cerita
bapa mertuaku lagi, semua jenis permainan masa kanak-kanak dahulu percuma. Ibu bapa tidak perlu fikirkan nak dapatkan wang memberi permainan anak
masing-masing. Semuanya percuma menggunakan unsur terbuang dan alam semula
jadi.
Mengikut
bapa mertuaku, mereka perlu bermain di luar rumah. Tidak kiralah di bawah
rumah, di tepi rumah di bawah pokok, di dalam semak, di atas wakaf, di tepi
sungai dan sebagainya.
Budak-budak dahulu lasak dan kereatif untuk bermain. Ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak masing-masing. Memang jarang dengar berita budak mati lemas mandi di sungai. Boleh dikatakan semua budak dahulu pandai berenang. Sungai dan tali air dijadikan tempat bermain.

Selanjutnya
bapa mertuaku menceritakan, bila sudah keluar rumah, memang lupa nak balik. Kadang-kadang
sampai lupa nak makan tengah hari. Semasa bermain, kalau musim buah-buahan,
memang boleh makan buah selalu. Di kampung terdapat banyak jenis buah-buahan.
Kalau bukan hak keluarga sendiri, bolehlah panjat pokok milik keluarga kawan. Kalau tidakpun, panjatlah mana-mana pokok yang berkenan. Nasib tidak baik kena dikejar pemilik dusun.
Pemilik dusun bukan marah budak-budak makan buah di dusun mereka, tetapi marah kerana buah itu belum masak sepenuhnya. Masih belum boleh dikait atau belum gugur sendiri.

Bapa
mertuaku semakin ghairah bercerita. Budak-budak dahulu memang berkawan rapat.
Namun, tidak dapat lari dari bergaduh dan bertumbuk. Kadang-kadang kerana
perkara kecil pun mereka bergaduh dan bertumbuk.
Menariknya, ibu bapa masing-masing tidak masuk campur. Kita itu sudah kebiasaan alam kanak-kanak. Asalkan jangan bergaduh sampai patah dan luka. Setakat bengkak dan luka sedikit itu kira perkara biasa.

Budak-budak
dahulu bergaduh tidak lama. Kadang-kadang pagi bergaduh, petangnya sudah
berbaik semula. Yalah... kalau tidak cepat-cepat berbaik semula, nak berkawan
dengan siapa?
Mana boleh duduk sorang-sorang di rumah. Tiada televisyen hendak
ditonton atau gejet seperti hari ini yang boleh dimainkan seorang diri di dalam
bilik atau di mana-mana yang diingini.
Bapa
mertuaku berhenti bercerita apabila kedengaran azan Maghrib. Katanya,
budak-budak masa dahulu akan balik sebelum masuk waktu Maghrib. Kena mandi dan
terus masuk rumah.
Masa dahulu kebanyakan telaga berada di luar rumah. Jadi, kenalah mandi sebelum malam. Mereka tidur awal selepas mengaji al-Quran atau selepas sembahyang Isyak.
Masa dahulu kebanyakan telaga berada di luar rumah. Jadi, kenalah mandi sebelum malam. Mereka tidur awal selepas mengaji al-Quran atau selepas sembahyang Isyak.
No comments:
Post a Comment