Kewujudan tanaman yang 'pelik' sama ada dari segi tempoh
matang, kadar penghasilan, bentuk pokok, hasil berbeza dan pelbagai kelainan
semakin bertambah jumlahnya. Antara penghasilan yang semakin mendapat perhatian
sekarang ialah jagung berwarna warni.
Asal-usul jagung ini sebenarnya dari Oklahoma. Carl Barnes
seorang petani yang telah menghasilkan jagung warna-warni ini. Jagung ini
merupakan hasil kacukan dari pelbagai jenis jagung yang telah wujud sebelum
ini.
Barnes mengumpulkan biji jagung dengan pelbagai jenis kemudian menanam di ladangnya sendiri. Jagung biji berwarna-warni yang merupakan hasil kacukan dari jagung pawnee, jagung osage berbiji merah, dan jagung osage berwarna kelabu.

Pokok jagung yang dihasilkan melalui kacukan tidak banyak
bezanya dari segi fizikal dan penanamannya, kecuali hasil bijinya berwarna
warni.
Jagung berwarna warni itu dipanggil glass gem. Ia sesuai ditanam
di kawasan beriklim tropika atau panas sepertimana kebanyakan jenis jagung lain.
Jagung warna warni kini telah berkembang di seluruh dunia dengan kacukan
genatik tempatan.
Permintaan terhadap jagung warna warni ini tinggi kerana
ramai tertarik dengan keunikan warnanya. Namun, jagung warna warni tidak sesuai
untuk dimakan seperti kebanyakan jagung jenis lain kerana lapisan luar bijinya
lebih keras berbanding jagung biasa.
Jadi ia lebih sesuai untuk dijadikan popcorn dan tepung jagung. Mungkin selepas ini jagung ini akan melalui proses kacukan yang mana bijinya lebih sesuai untuk dimakan seperti jagung biasa.
Jadi ia lebih sesuai untuk dijadikan popcorn dan tepung jagung. Mungkin selepas ini jagung ini akan melalui proses kacukan yang mana bijinya lebih sesuai untuk dimakan seperti jagung biasa.
No comments:
Post a Comment