Dalam pemilihan parti akan berlaku
'serangan' untuk mengalahkan lawan. Kes ini berlaku dalam semua parti,
tambah-tambah lagi parti yang berkuasa memerintah negara mahupun negeri.
Demi berebut jawatan, tindakan dan perangai bagaikan sudah hilang pertimbangan budi dengan mendedah, mencabar dan menuduh dengan berbagai cela nista rakan sendiri yang bakal memusnahkan parti sendiri. Apa sebenarnya yang dikejar, kuasa, harta atau kedudukan?
Dalam catatan sejarah Islam
disebutkan, sewaktu Umar Bin Abdul Aziz diangkat menjadi Khalifah Bani Umayyah,
pada hari Jumaat 10 Safar tahun 99 Hijrah, menggantikan khalifah Sulaiman Bin
Abdul Malik ketika berumur 37 tahun, beliau menangis.
Dia memasukkan kepala ke dalam dua lututnya dan menangis sambil mengucapkan kalimah “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rojiuun”, sambil berkata: “Demi Allah, sungguh aku tidak meminta urusan ini sedikitpun, baik dengan sembunyi-sembunyi maupun dengan terang-terangan”.

Melihat keadaannya, beberapa penyair
datang untuk menghiburnya, tetapi Khalifah Umar menolak dengan baik. Sikap
Khalifah Umar itu turut mendapat perhatian anaknya. Walaupun dia berusaha
mencari penyebabnya, namun anak Umar gagal mendapat jawaban.
Hal yang sama dilakukan isterinya,
Fatimah seraya berkata kepada suaminya: “Wahai suamiku, mengapa engkau menangis
seperti itu?" Umar pun menjawab. “Sesungguhnya aku telah diangkat menjadi
khalifah untuk memimpin urusan umat Nabi Muhammad SAW”.
Kepada isteri dan anaknya, Umar
berkata, “Aku termenung dan terpaku memikirkan nasib para fakir miskin yang
sedang kelaparan dan tidak mendapat perhatian dari pemimpinnya. Aku juga
memikirkan orang-orang sakit yang tidak mendapati ubat yang memadai."
"Hal yang sama terfikir olehku tentang orang-orang yang tidak mampu membeli pakaian, orang-orang yang selama ini dizalimi dan tidak ada yang membela, mereka yang mempunyai keluarga yang ramai dan hanya memiliki sedikit harta, orang-orang tua yang tidak berdaya, orang-orang yang menderita di pelosok negeri ini, dan lain sebagainya”.

Umar melanjutkan kesedihannya, “Aku
sedar dan memahami sepenuh hati, bahawa Allah SWT pasti akan meminta
pertanggungjawaban dariku, sebab hal ini adalah amanah yang terpikul di
pundakku."
"Namun aku bimbang dan ragu, apakah aku mampu dan sanggup memberikan bukti kepada Allah SWT, bahawa aku telah melaksanakan amanah itu dengan baik dan benar sesuai dengan tuntunan Tuhanku. Atas dasar itulah, wahai isteri dan anakku, sehingga aku menangis”.

Khalifah ini mengucapkan, “Innaa
Lillahi wa Innaa ilahi Raji’uun” ketika terpilih dan diangkat jadi khalifah,
tetapi pemimpin hari ini, malah bersyukur dengan pesta besar-besaran,
seolah-oleh tiada beban berat yang sedang menanti di atas kepalanya.
Semangat dan keghairahan merebut
jawatan dan kedudukan, tidak sebanding dan sejalan dengan apa yang dia lakukan,
setelah terpilih jadi pemimpin. Bahkan terlupa, bahawa jawatan dan kedudukan
yang diraih olehnya adalah amanah dunia yang akan dipertanggungjawabkan kelak
kepada Allah SWT di akhirat.
Khalifah Umar, selepas dilantik
menjadi khalifah, berusaha keras untuk membasmi kemiskinan, kebodohan dan
kemunduran. Rakyatnya yang kaya dan para pegawai pemerintahan bergegas membayar
zakat dan sedekah kepada fakir miskin.
Hasilnya, dalam tempoh masa dua setengah tahun kepemimpinannya, seseorang yang kaya raya, merasa kesulitan mendapatkan orang yang berhak menerima zakat (mustahiq), dikeranakan fakir miskin yang selama ini berhak menerima zakat telah berubah menjadi orang yang berkewajiban membayar zakat (muzakki). Hampir semua rakyatnya, hidup dalam kesejahteraan.

Umar ketika namanya disebut-sebut
menjadi calon khalifah yang baru berkata. “Jangan sebut-sebut nama ku, katakan
bahawa aku tidak menyukainya. Dan jika tidak ada yang menyebut namanya, maka
katakan, jangan mengingatkan namaku,”.
Bila namanya diumumkan di khalayak,
seluruh hadirin serentak menyatakan persetujuannya, tetapi tidak dengan Umar.
Ia terkejut, seperti mendengar petir di siang hari, mengucapkan: Inna lillahi
wa Inna ilaihi rajiuun, dan bukannya Alhamdulillah seperti kebanyakan para
pemimpin lain ketika menerima jawatan. Bagi Umar, takhta atau jawatan yang diamanahkan
adalah musibah, bukan kenikmatan.
Umar bukanlah jenis manusia yang
bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin, apalagi untuk mengejarnya dan
menagih simpati serta menghasut orang lain agar menobatnya sebagai pemimpin
besar negara.
Di atas mimbar Umar berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dibebani dengan pekerjaan ini tanpa meminta pendapatku lebih dulu, dan bukan pula atas permintaanku sendiri, juga tidak pula atas musyawarah kaum muslimin. Dan sesungguhnya aku ini membebaskan saudara-saudara sekalian dari baiat di atas kehendak saudara-saudara, maka pilihlah siapa yang kamu sukai untuk dirimu sekalian dengan bebas!”

Ketika kebanyakan penjawat berpesta
ria saat kenaikan pangkat dan meraih kekuasaan, Umar mengalir air mata takut
dipersoalkan oleh Allah. Di kala kebanyakan pemimpin bermegah-megahan saat
mendapat kedudukan, sebaliknya Umar hidup dalam kesederhanaan, wara dan zuhud.
Ketika kenderaan 'super' mewah diberi, Umar menolak, malah menjual semua kenderaan itu dan hasilnya diserahkan ke Baitul Mal, termasuk semua alatan, permadani dan tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah yang baru.

Kesederhaan Umar dibuktikan ketika ia
melepas pakaiannya yang mahal dan menggantinya dengan pakaian kasar dengan
harga lapan dirham. Semua tanah perkebunan yang diwarisinya, juga dijual dan
wangnya diserahkan ke Baitul Mal.
Ketika isteri pemimpin umumnya
memanfaatkan kedudukan suaminya untuk hidup mewah, tetapi Umar menawarkan
pilihan, antara hidup bersama dirinya dengan melepas semua harta perhiasan
permata, mutiara, perabot rumah yang
mahal harganya, atau berpisah. Namun, si isteri tetap memilih hidup bersama
suaminya yang dikasihi.
No comments:
Post a Comment