Air
paip berkarat, berbau dan kulit menjadi gatar? Itulah tanda tangki air rumah
anda perlu dicuci. Jangan ditangguh lagi sebelum keadaan menjadi semakin buruk.
Anda boleh memilih dua cara untuk mencuci tangki air di rumha.
Pertamanya, panggil mereka yang menyediakan perkhidmatan mencuci tangki air di rumah. Mereka bukan sahaja mencuci, bahkan mungkin juga dapat memperbaiki mana yang patut. Cara kedua ialah mencuci sendiri!!!

Panggil
orang lain memang mudah. Hanya bayar sahaja. Tidak perlu bersusah payah atau
mengeluarkan tenaga. Namun, jika memilih untuk mencuci sendiri, kenalah
fikirkan keupayaan diri sendiri dari segi kepakaran dan tenaga.
Kalau fikir boleh buat sendiri, elok lakukan sendiri kerana selain dapat jimat wang, ia juga satu latihan fizikal dan mental sekali, serta memberi kepuasan.
Kalau fikir boleh buat sendiri, elok lakukan sendiri kerana selain dapat jimat wang, ia juga satu latihan fizikal dan mental sekali, serta memberi kepuasan.
Kedudukan
tangki air di rumah berbeza mengikut rumah. Kebanyakan rumah teres, tangki
airnya berada di bahagian atas di dalam rumah. Ada bahagian atau 'pintu' yang
boleh dimasuki dari dalam rumah. Jadi, perlukan tangga atau sigal untuk naik ke
bahagian atas. Meja dan kerusi juga boleh digunakan secara berlapik agar cukup
tinggi untuk naik ke atas.
Manakala
ada juga rumah yang meletakkan tangki air di luar rumah di atas 'rumah' tangki
atau setengah di atas tanah. Tangki di atas tanah untuk menyimpan air sebelum
disedut menggunakan pam untuk menghantar air ke setiap paip.
Kalau
tangki yang berada di atas, kenalah dicarikan tangga atau mungkin juga yang
telah tersedia kekal di situ. Yang penting boleh naik ke bahagian atas untuk
berada di tepi tangki air atau memasukinya.
Untuk
tangki berada di dalam rumah, memang sukar sedikit. Banyak perkara yang perlu
dilakukan dan disediakan.
Namun,
dalam semua keadaan kedudukan tangki, perkara pertama perlu dilakukan ialah
kosongkan tangki terlebih dahulu. Simpan air di dalam bekas lain untuk kegunaan
semasa tangki dibersihkan dan proses mengisi semula air.
Tangki
air di dalam rumah jika berada betul-betul di atas bilik air, proses mencuci
tangki tidak sukar. Air yang kotor dan berkarat itu boleh terus di salurkan
atau dicurahkan ke dalam bilik air.
Sedikit sukar ialah apabila kedudukan tangki tidak berada di atas bahagian bilik air. Jadi, kenalah mencari wayar paip air yang panjang atau menggunakan baldi untuk memunggahnya.
Sedikit sukar ialah apabila kedudukan tangki tidak berada di atas bahagian bilik air. Jadi, kenalah mencari wayar paip air yang panjang atau menggunakan baldi untuk memunggahnya.
Bagi
tangki yang berada di luar rumah, tidak kiralah di tempat tinggi atau di atas
tanah, proses mencuci tangki tidak sukar sangat. Anda boleh memilih menggunakan
mana-mana cara yang difikirkan sesuai. Penggunaan wayar paip air mahupun baldi
untuk mengeluarkan air kotor, terutama kelodak dan karat.
Ada
orang bertanya, berapa kerap tangki air perlu dicuci? Jawapannya mengikut
keadaan. Jika air yang dibekalkan oleh syarikat air banyak karat dan kelodak,
maka keraplah kena cuci tangki air. Mungkin sekali sebulan atau dua bulan
sekali.
Sebenarnya
cara untuk mengetahui tangki air perlu dicuci ialah apabila air yang keluar
dari paip air sudah berbau atau banyak karat keluar, maka itulah tanda yang
anda perlu mencucinya.
No comments:
Post a Comment