Istana Batu dikenali atau mendapat
nama sebagai Istana Batu kerana diperbuat daripada batu, berbanding beberapa
istana sebelum itu di Kota Bharu yang menggunakan kayu sebagai bahan utama
pembuatan.
Bagaiamanpun, Istana Batu bukan bangunan batu pertama di Kota Bharu.
Sebaliknya, Bank Kerapu menjadi antara bangunan batu terawal di Kota Bharu. Istana
Batu banyak menyimpan sejarah Sultan Kelantan. Istana Batu kini dikenali Muzium Diraja.
Istana Batu dibina pada tahun 1939
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad
Keempat. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan
Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab 11
dan sebagai hadiah perkahwinan baginda berdua.
Istana
ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1960
sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam
rasmi Sultan Kelantan.
Pada tahun 1966 Istana Batu ini telah diubahsuai
kemudiannya menjadi kediaman rasmi Datuk Tengku Salwani binti Almarhum Sultan
Yahya Petra.
Pada
tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia
Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tengku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan
Yahya yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri
Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana Batu sehingga tahun
1972.
Istana
Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat
DiRaja, tempat kediaman bagi raja-raja, kerabat-kerabat dan tetamu-tetamu
Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.
Istana
ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya
Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium
DiRaja dan telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya
Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda
yang ke-41.
Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan
Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan,
rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan
lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.
Muzium Diraja Istana Batu ini terletak
dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan
para pelancong penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih
dekat lagi tentang keluarga Diraja.
Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota
iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Kampung Kraftangan. Manakala di bahagian belakang Istana Batu pula terletak Masjid Muhammadi iaitu Masjid Negeri Kelantan.
Dengan melawat Istana Batu atau Muzium Diraja
ini, para pengunjung berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana
keadaan di dalam istana yang pernah didiami oleh Sultan Kelantan dan Kerabat
Diraja pada suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment