Wednesday, 24 October 2018

PELUANG WANITA BEKERJA DARI RUMAH


Program ini merujuk kepada “kerja-kerja yang ditawarkan oleh syarikat sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga yang dijalankan secara individu atau kumpulan di premis tertentu yang digunakan untuk menjalankan operasi pekerjaan.

Sebagai contoh seorang suri rumah boleh melakukan kerja-kerja menggosok atau melipat pakaian bagi sesebuah kilang. Bayaran dibuat berdasarkan kerja yang telah disempurnakan.

Program ini boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di pelbagai sektor. Program yang dirangka secara tersusun dan dilaksanakan secara menyeluruh akan dapat dijadikan sebagai salah satu langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah memberi perhatian terhadap perkara ini sejak tahun 1995 dan program ini telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti Perancis, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu mengambil pendekatan yang sama ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.

Program homeworking yang dirangka secara tersusun dan dilaksanakan secara menyeluruh akan dapat dijadikan sebagai salah satu langkah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kebanyakan kerja-kerja syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan kerja-kerja ringan seperti pembungkusan, kraftangan, tenunan, pemasangan produk, penghasilan produk makanan boleh dijalankan secara homeworking.

Bagi menggalakkan penyertaan golongan sasar menyertai pasaran buruh dan menjadikan kaedah bekerja lebih fleksibel, kerajaan telah memperkenalkan Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955.

Kaedah bekerja dari rumah dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita yang masih berada di luar tenaga kerja.

Jabatan akan mewujudkan kerjasama dengan para majikan dan menjalankan program promosi agar ditubuhkan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) berdasarkan keperluan industri. Langkah ini juga bersesuaian dengan tanggungjawab sosial korporat ke arah mewujudkan masyarakat yang prihatin.

Usaha menggalakkan penggajian pekerja separa masa akan menyumbang kepada kegiatan ekonomi negara. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan turut menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Jabatan akan terus menggiatkan aktiviti promosi dan kerjasama dengan majikan dan agensi kerajaan yang lain dalam menjayakan usaha ini.

Di negara maju, bekerja dari rumah atau konsep Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing. Ia semakin diterima masyarakat, lebih-lebih lagi dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Begitu juga di Kanada (2.5 juta); United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Di Malaysia pula, konsep berkenaan masih dianggap baru. Namun, ia semakin mendapat perhatian. Apa yang penting, program seumpama itu memberi peluang kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertainya dan terus bekerja menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Bagi wanita bekerja dari rumah banyak keuntungannya kerana mereka boleh merancang secara fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih berkualiti menguruskan rumah tangga, menumpukan perhatian kepada kebajikan suami dan anak.

Hak mereka sebagai sebahagian daripada sumber tenaga manusia negara juga tidak terjejas. 

Kecekapan dan kemudahan akses kepada dunia siber tanpa sempadan, iaitu e-mel, blog, telepersidangan serta jaringan sosial lain umpamanya Facebook dan twitter membuka peluang lebih luas kepada warga kerja untuk melakukan sesuatu bidang tugas mereka secara lebih efektif, tanpa mengabaikan keluarga.

Konsep bekerja dari rumah yang diwujudkan Kementerian Sumber Manusia, antara lain bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan suri rumah serta mereka yang tidak mempunyai pekerjaan bagi melakukan kerja dalam bidang kraftangan atau berkaitan industri kecil sederhana (SMI).

Program bekerja dari rumah atau bekerja separuh masa memberi banyak keuntungan kepada wanita bagi mengelak tekanan antara tugas di pejabat dan mengurus rumah tangga.  Pogram seumpama itu amat diterima baik dan ia diharap dapat menggalakkan wanita untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

Wanita akan lebih tekun dan menjadi pekerja lebih bagus bagus kerana dapat memberi tumpuan kepada kerja dilakukan. Interaksi antara pekerja dan majikan perlu untuk melihat perkembangan kerja mereka berjalan lancar. 

Kebanyakan wanita hari ini lebih mementingkan keluarga selepas mempunyai anak. Tinjauan syarikat laman pekerjaan dalam talian, JobStreet.com menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata. 

Program bekerja di rumah dapat membantu golongan sasar termasuk OKU, ibu tunggal, suri rumah dan keluarga miskin tegar yang belum ada pekerjaan, bekerja secara sambilan atau tetap melalui peluang kerja secara ‘home working’ ditawarkan oleh syarikat berdekatan. 

Meningkatkan kesedaran masyarakat korporat mengenai tanggungjawab sosial terhadap golongan sasar dan seterusnya menggiatkan usaha untuk menaikkan taraf hidup mereka. Memberi alternatif kepada pihak syarikat untuk mendapatkan pekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing

Bekerja dari rumah juga merupakan sebahagian daripada terapi bagi mengurangkan stres di tempat kerja untuk penjawat awam. Ia juga baik bagi penjawat awam yang kurang upaya disebabkan kemalangan atau berpenyakit kronik.

Dengan ini kerajaan tetap mempunyai kepakaran atau kebolehan profesional dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah penting bagi kejayaan program sebegini.

Bekerja dari rumah mungkin agak 'terasing' tetapi bekerja begini lebih baik. Bekerja berseorangan adalah baik kerana tiada gangguan apatah lagi jika anda mempunyai waktu yang suntuk (hada tempoh) dan memerlukan konsentrasi tinggi. Dengan bekerja di rumah anda boleh mempunyai situasi yang baik untuk mencapai objektif kerja anda".

Bekerja dari rumah dan tidak perlu bayar sewa yang tinggi untuk ruang pejabat serta tambahan kepada bayaran elektrik dan air. Dengan bekerja dari rumah, seseorang hanya perlu satu talian untuk faks dan juga satu talian tetap telefon selain daripada satu atau dua buah komputer yang ada sambungan Internet. 

No comments:

Post a Comment