Khidmat cina buta diperlukan. Suami yang menceraikan
isterinya dengan talak tiga, sama ada sekaligus atau tiga kali bercerai, tidak
boleh rujuk kembali atau berkahwin semua, melainkan setelah bekas
isterinya berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang
sempurna.
Maksud nikah yang sempurna ialah perkahwinan itu
dilakukan mengikut hukum syarak dan melalui tempoh perkahwinan sebagai pasangan
suami isteri seperti lazimnya iaitu melakukan hubungan seks atau hubungan
badan.
Dalam kes cina buta, tempoh perkahwinan ditetap untuk
tempoh tertentu. Yang penting, mereka 'wajib' melakukan hubungan seks dalam
tempoh masa itu.
Untuk melunaskan kehendak hukum agama itu, maka wujudlah apa yang dinamakan
cina buta atau di Indonesia dikenali sebagai “chindor buta”. Cina buta
diupah untuk menjadi suami sementara dan melakukan syarat ditetapkan oleh
syarak itu bersetubuh dengan isteri dan kemudianya menceraikan bagi membolehkan
berkahwin dengan bekas suami.
Sebab itu, ada perkahwinan cina buta hanya berjalan satu malam sahaja. Selepas
mereka melakukan hubungan seks, maka suami baharu akan melafazkan cerai seperti
dijanjikan atau ikut kontrak.
Namun, ada lelaki cina buta akan menetapkan tarikh lebih
lama sampai seminggu atau sebulan bagi membolehkan dia dapat lebih banyak kali
melakukan hubungan seks dengan isteri ekspres itu sebelum diceraikan.
Memandangkan bukan mudah untuk mencari lelaki yang sanggup menjadi cina buta,
tambah lagi dalam keadaan terdesak, maka ada individu yang menjadikan cina buta
sebagai satu kerjaya. Lelaki menawarkan diri untuk menjadi cina buta.
Sebenarnya
terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan dengan cina
buta. Mereka membahaskan sama ada nikah cina buta itu sah atau sebaliknya.
Ulama berpendapat perkahwinan cina buta tidak sah kerana ia satu perkahwinan
kontrak atau perkahwinan sementera yang ditetapkan tempoh perkahwinan.
Perkahwinan
itu menyamai nikah mutaah yang diharamkan dalam Islam. Perbezaan nikah mutaah
dengan nikah cina buta ialah nikah mutaah tidak melibatkan saksi dan wali serta
tiada mas kahwin, sedangkan nikah cina buta dilakukan mengikut hukum syarak
seperti ada wali, saksi dan mas kahwinan. Malah ia didaftarkan mengikut
undang-undang perkahwinan.
Soal sah atau tidak perkahwinan cina buta perlu dipandang penting untuk
difahami. Jika tidak sah, maka implikasinya ialah persetubuhan pasangan bercina
buta itu adalah haram. Mereka melakukan zina dan jika tersemai benih dan
melahirkan anak, maka anak itu adalah anak zina.
Begitu
juga perkahwinan semula dengan bekas suami juga tidak sah kerana tidak menepati
peraturan atau syarat bahawa bekas isteri itu perlu kahwin dan bersetubuh
dengan suami barunya.
Sebab itu, ada pasangan bercerai talak tiga membuat perancangan teliti untuk
memastikan mereka dapat kembali menjadi pasangan suami isteri biarpun terpaksa
melalui cabaran dan tempoh masa lama.
Perkara
yang dilakukan ialah bekas suami mencari lelaki yang benar-benar ingin
mengambilnya sebagai isteri. Lelaki itu mengambilnya sebagai isteri bukan atas
dasar kontrak atau cina buta dan melakukan hubungan seks dengan isterinya
seperti sepatutnya.
Namun, di pihak isteri akan melakukan sesuatu yang tidak disukai suami agar
berlaku masalah dalam rumah tangga. Kemuncak kepada masalah yang dicipta itu
ialah berlaku perceraian yang tidak dirancang oleh suami.
Dalam
kaedah itu, perkahwinan itu dianggap sempurna dan sah. Dalam kes seumpama itu,
wanita itu dan sesiapa yang berpakat dengannya dianggap melakukan dosa, iaitu
meminta cerai dari suami dan perbuatan penipuan yang dipercayai oleh suami
baharu itu.
Cara
terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam
melafazkan talak. Perkara itu bukan boleh dibuat main.
Baginda Rasulullah SAW. Bersabda, “Perkara halal yang
paling dibenci Allah adalah perceraian”. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Best,,,ada syarat sapa yg nk cina buta,,,
ReplyDeleteKalau nak guna khidmat cina buta boleh replied
de ker?
ReplyDeleteAda. Me
DeleteWhatsApp 0108953540
ReplyDeleteSiapa memerlukan perkhidmatan Cina buta Boleh WhatsApp saya ke 0112846 2798
ReplyDeleteSalam kepada sesiapa perlukan bantuan kerana buntu rumah tannga hancur blh call 0142821667
ReplyDeleteNikah cina buta menjadi tidak sah Dan haram kerana Ada 3 sebab.
ReplyDeleteMaka terjadi lah 2 jenis zina.pertama zina dengan suami sementara nya kerana nikahnya tidak sah.kedua zina selamanya dengan bekas suaminya selepas bernikah semula sedangkan nikahnya itu tidak sah.ini kerana tidak menepati syarat. 3 sebab nikah cina buta tidak sah kerana ia Sama dgn kawin mutaah yg diharamkan dlm mazhab Kita.
1) Ada perjanjian masa seperti menjadi suami isteri selama sehari.seminggu DLL
2)Ada bayaran upah kepada pasangan lelaki Dan kahwin kerana berniat utk wang Dan Nafsu semata.dan ganjaran lain
3) berkahwin dengan niat supaya pasangan lamanya dapat nikah semula.
Namun Masih Ada solusinya...keterangan lanjut 0126671020
Wasapke wasap.my60138369399
ReplyDeleteWasap ke wasap.my6/0138369309
ReplyDelete