Ramai orang miskin tidak mendapat
bekalan makanan secukupnya. Jikapun ada makanan diperolehi, ia sekadar cukup
mengalas perut mengelak diri daripada kebuluran.
Pepatah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ melambangkan kemiskinan hidup yang dialami sebahagian daripada kita.
Pepatah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ melambangkan kemiskinan hidup yang dialami sebahagian daripada kita.
Rakyat negara kita masih bernasib
baik kerana tiada dilaporkan meninggal dunia kerana kebuluran. Masih ada pihak
sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
Sikap prihatin rakyat Malaysia amat membanggakan.
Namun, di negara miskin ramai mati
kebuluran. Bekalan makanan yang diperolehi tidak mencukupi dan kurang zat
pemakanan. Keadaan mereka amat menyedihkan.
Golongan miskin mengharapkan peluang
mendapat makanan bagi meneruskan hidup. Wajib orang muslim membantu muslim lain
dalam keadaan kelaparan sekadar termampu.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila
kamu memasak satu kuali, maka banyakkan airnya (kuah). Kemudian lihatlah kepada
sesetengah jiran tetanggamu untuk diberikan kepada mereka.” - (Hadis riwayat
Muslim).
Hadis tersebut dengan jelas
memperlihatkan tentang pentingnya memberikan bantuan kepada mereka yang
memerlukannya biarpun sekadar kuah. Bagi golongan miskin, dapat merasai kuah
itu sudah merupakan satu nikmat yang besar.
Sesungguhnya, kemuliaan sedekah
bukan kepada berapa banyak, jenis atau nilainya, tetapi bergantung kepada
keikhlasan hati.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api" - (Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api" - (Hadis riwayat Ahmad)
Manusia memerlukan makanan sebagai
pembekal tenaga dan keperluan perubatan. Keperluan itu hanyalah ‘sederhana’
mengikut tahap-tahap tertentu..
Tenaga diperlukan bagi membolehkan
manusia melakukan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi. Firman Allah dalam
surah al-Zuriat ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia,
melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.
Namun, makan terlalu banyak tidak
pula menyebabkan kekuatan bertambah. Sebaliknya ia menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan. Antara masalah lebih makanan ialah mengalami masalah kegemukan.
Badan gemuk mendedahkan diri menjadi
sarang kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti penyakit berkaitan
jantung, kencing manis, darah tinggi, lelah, badan lemah dan buah
pinggang.
Sebab itu Islam mengajar umatnya
bersederhana dalam soal makan. Makanlah sekadar untuk memberi tenaga dan
menikmati rasa kurniaan Allah. Firman Allah SWT: “Makanlah dan minumlah serta
janganlah berlebih-lebihan.” – (Surah al-Araf, ayat 31).
Rasulullah SAW mengingatkan agar
mengawal makan untuk mengelak penyakit. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perut
ialah rumah segala jenis penyakit dan penjagaan terhadap makan adalah permulaan
perubatan. Permulaan penyakit ialah mengisi perut dengan berlebih-lebihan.”
(Hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment