Saturday, 16 February 2019

SEJARAH KAIN PELEKAT

Kain pelekat dipercayai diperkenalkan ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang dari Palaiyakat (kawasan di timur laut Tamil Nadu, India). 
 
Antara barang dagangan mereka yang mendapat permintaan ialah kain berwarna putih. Kain itu dipanggil kain pelekat sebagai mengambil nama asal pedagang yang menjualnya.

Di India, kain itu gemar dipakai oleh orang lelaki sehingga sekarang. Kain pelekat putih yang tidak berjahit pernah digunakan sebagai kain ihram ketika mengerjakan haji dan umrah.

Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka, pedagang dari Palaiyakat masih meneruskan perniagaan di Melaka yang dikuasai Portugis. 
 
Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari Palaiyakat berdagang di Melaka.

Berkain sarung pelekat menjadi identiti kaum Melayu, khususnya orang lelaki. Ia dipakai santai ketika di rumah dan untuk menunaikan sembahyang.

Kini kain pelekat terdapat dalam pelbagai corak dan warna yang menarik. 

Sekarang, kain pelekat diinovasikan untuk dijadikan seluar. Ia dianggap sesuai untuk golongan muda yang ingin bergerak bebas dan tidak terhad ketika berada di rumah sahaja.

No comments:

Post a Comment