Kain bedung bayi digunakan untuk membedung bayi. Membedung atau bedong bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya.
Kebanyakannya
bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi. Membedung
bayi dapat membantu keadaan bayi dalam keadaan tenang dan tidur lebih nyenyak.
Bedung bayi diiktiraf sains mempunyai kesan positif terhadap perkembangan bayi baharu lahir. Amalan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang ini rupanya mempunyai pelbagai manfaatnya kepada bayi.
Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi sebenarnya menyamai seperti fungsi dinding rahim yang membalut keseluruhan badan bayi semasa dalam kandungan.
Sejurus dilahirkan, tiada lagi dinding rahim yang menghimpit. Bayi juga tidak lagi berada dalam kedudukan fetal. Sensasi pelukan berpanjangan telah ditarik dengan drastik dan bayi merasa bagai hilang dalam sekeliling yang begitu luas.
Maka bedung adalah pengganti pelukan ibu pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri seperti mandi, memasak, tidur atau sakit.
Ada
juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk
mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Namun setiap
ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang
mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
Satu
perkara perlu diberi perhatian ialah membiarkan ada ruang untuk kaki bayi bergerak.
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan
kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
Berapa
lama bayi perlu dibedung? Sebenarnya, bayi tidak perlu lagi dibedung apabila
mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan.
Jika
selepas tiga bulan bayi terus dibedung, ketika bayi sudah kuat untuk berguling,
mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu
menghalang pernafasan.
Dalam
usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan
berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena biarpun tanpa dibedung.
Kain
bedung yang digunakan seharusnya dari jenis yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Elak menggunakan kain dari jenis yang menyebabkan haba panas kepada badan bayi.
No comments:
Post a Comment