Saturday, 16 February 2019

HIDUPAN AIR HALAL DIMAKAN TANPA PERLU DISEMBELIH

Haiwan hidup di dalam air sama ada air masin atau air tawar halal dimakan. Hidupan air menjadi sumber makanan, terutama ikan yang kaya dengan protin.

Penjelasan Allah menghalalkan haiwan laut sebagai sumber makanan berdasarkan dua firman-Nya. Ayat 14 surah an-Nahal bermaksud: “Dialah Allah yang mempermudahkan laut, supaya dapat kamu makan makanan daripadanya daging yang lembut dan segar.”

Manakala satu lagi firman-Nya bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang diperoleh dari laut sebagai bekalan bagi kamu dan orang-orang dalam pelayaran.” (Surah al-Maidah, ayat 94).

Semua haiwan laut boleh dimakan tanpa perlu disembelih. Ini tidak terkecuali kepada haiwan laut yang berskala besar seperti ikan yu dan ikan paus. Sama ada ia jenis beranak atau bertelur. 

Bangkai haiwan laut yang ditemui mati, walaupun bukan kerana terkena pukat, pancing, jala atau sesuatu usaha manusia, juga boleh dimakan jika masih dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan kesan buruk jika dimakan. 

No comments:

Post a Comment