Friday, 15 February 2019

BAWANG PUTIH TANPA BAU

Khasiat bawang putih memang telah dimanfaatkan manusia untuk tujuan kesihatan sejak ribuan tahun lalu. Namun, terdapat orang yang tidak suka makan bawang putih kerana baunya yang tidak menyenangkan dan rasa 'tajam'.

Untuk memudahkan pengambilan khasiat bawang putih, kini terdapat teknologi untuk mengekstrak intipati bawang putih dan mengekalkan khasiat yang dimiliki.   

Teknologi canggih digunakan untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih.

Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya.

Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida.

Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

No comments:

Post a Comment