Friday, 15 February 2019

ARAK PUNCA LAKU JENAYAH


Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Dalam Qanun jenayah syariyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.

Hukuman ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib yang bermaksud: ”Rasulullah telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah SAW dan inilah yang paling aku suka”.

Hasan Bashri berkata: "Seorang hamba jika minum khamar hitam hatinya."
                 
Seorang sahabat berkata: "Siapa yang mengahwinkan saudara atau puterinya pada seorang peminum (pemabuk) maka sama dengan mendorongnya kepada zina, sebab seorang jika mabuk bisa keluar dari mulutnya talak, lalu masih dikumpuli yang bererti berzina."
                       
Abdullah bin Masud berkata: "Bahawa orang yang minum khamar siang hari, maka bererti ia syirik sehingga petang hari dan siapa yang minum waktu petang bererti dia syirik hingga mati." Juga ia berkata: "Jika peminum khamar itu mati maka kuburlah ia dan tahanlah aku kemudian kamu gali kembali kubur itu, jika kamu tidak mendapatkannya berpaling dari qiblat maka bunuhlah aku."
                       
Sebenarnya bukan sahaja agama Islam mengharamkan umatnya meminum arak, bahkan ada mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya peminumnya.

No comments:

Post a Comment