Gula kabung kaya khasiat, kebaikan dan manfaat untuk
kesihatan. Gula kabung manisan dibuat menggunakan nira atau tuak pokok kabung.
Gula kabung seakan-akan sama dengan gula melaka, gula pokok nipah dan gula
pokok tar.
Kesemua jenis pokok itu dalam kategori pokok palma boleh
menghasilkan tuak atau nira mengikut proses tertentu. Pokok kabung juga
dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor).
Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai
atau tandan bunga jantan. Kaedah atau cara untuk menghasilkan nira kabung,
hampir sama cara mendapatkan nira nipah.
Air nira kabung yang ingin dibuat gula kabung
biasanya dimasak menggunakan kawah kerana mudah untuk mengacau. Mengacau
memasak gula kabung sama seperti mengacau membuat dodol. Bezanya masa mengacau
gula kabung lebih singkat.
Air nira kabung yang dimasak perlu dikacau
sehingga pekat dan berwarna coklat kmerahan. Setelah betul-betul pekat ia perlu
segera dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang yang berbentuk bulat untuk
dikeraskan. Proses pengerasan hanya kira-kira 5 minit selepas diambil dari
kawah.
Keenakan gula kabung memang tiada
tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat
daripada tebu. Rasa gula yang enak dan tidak terlalu manis menjadikan
menyebabkan gula kabung menjadi pilihan di dalam masakan tradisional seperti
dodol, kuih-muih atau dijadikan manisan untuk minuman.
Gula kabung boleh
menggantikan gula biasa atau gula tebu.Gula kabung mengandungi kandungan glukosa
yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula kabung kaya dengan
Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat protein.
Memandangkan kepada kandungan zat galian dan
nutrisinya yang tinggi, maka gula kabung amat sesuai bagi pengidap diabetes,
lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu
pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses
pembesaran kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment