Dahlan Zainuddin merupakan salah seorang penyanyi popular era 70-an yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang
Biduan.
Beliau
memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan
Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM pada tahun 1975.
Pernah
mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat
peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.
Selain
menyanyi beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya
Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam
rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.
Sekitar tahun 2016, beliau diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri. Serangan strok kali kedua pula di sebelah kanan, ketika sedang berada di sebuah majlis berbuka puasa di Perlis.
Tahun sebelumnya, Allahyarham juga pernah dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor selama seminggu kerana jangkitan paru-paru.
Dahlan Zainuddin, menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei 2019 ketika berusia 78 tahun di Hospital Selayang pada pukul 9.48 malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar.

No comments:
Post a Comment