Berbuka puasa boleh dilakukan di
mana-mana sahaja, asalkan ada minuman atau makanan yang boleh dijadikan 'sebab'
berbuka.
Satu amalan yang sudah menjadi tradisi
ialah majlis berbuka di masjid. Mereka berkumpul dengan tertib seperti mana
selayaknya ketika berada di masjid dan kemudian berbuka bersama-sama. Selepas
itu, setiap yang hadir akan menunaikan solat Maghrib berjamaah.
Selain itu, hotel dan dewan juga
sering dijadikan tempat majlis berbuka puasa beramai-ramai. Sekarang ini satu
fenomina apabila ahli keluarga atau rakan-rakan berkumpul di tempat lapang atau
terbuka untuk berbuka puasa.
Namun, satu perkara yang menggemparkan
apabila majlis berbuka puasa dilakukan di rumah ibadat agama lain. Secara
hukumnya, majlis itu tidak salah dan 'sah' berbuka puasa itu.
Persoalannya, mengapa buat di rumah
ibadat agama lain? Apakah tujuannya? Kalau pihak rumah ibadat agama lain itu
yang menganjurkannya, apa agenda di sebaliknya? Adakah kerana untuk membentuk
semangat muhibah, ia patut disokong?
Dalam menjalin hubungan dengan penganut
agama lain, kita jangan terlalu terbuka atau liberal. Jaga batasan untuk mengelak
berlaku fitnah dan kekeliruan. Jangan kerana kepentingan politik, kita sanggup melakukan
apa sahaja tanpa mengambil kira kesannya.
Majlis bertujuan muhibah itu boleh dilakukan
di tempat lain. Sesuai dilakukan di tempat terbuka yang boleh dihadiri oleh semua
lapisan masyarakat tanpa banyak protokal yang perlu dipatuhi.
Sepatutnya, orang Islam yang menjemput
orang bukan Islam hadir majlis berbuka puasa sebagai tanda keterbukaan dan mempromosikan
Islam kepada orang kafir.
Kalau orang Islam pergi ke tempat ibadat
agama lain untuk berbuka puasa, itu lebih kepada orang kafir ingin mempromosikan
agama dan amalan mereka kepada orang Islam.
No comments:
Post a Comment