Rukun puasa mudah sahaja. Ada dua rukun
puasa:
- Niat.
- Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
- Niat.
- Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Niat puasa adalah di hati. Lafaz untuk
berpuasa di mulut bukanlah niat. Ia hanya sekadar lafaz sahaja. Jadi, yang
diamalkan lafaz, "sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadan pada tahun
ini kerana Allah Taala.", tidak dikira niat jika pada masa sama perkara
itu tidak lahir di hati.
Niat ini sebenarnya mudah saja. Jika ada
lintasan hati hendak berpuasa, maka itulah niat. Kalau bangun sahur sudah tentu
ada niat. Kenapa makan sahur waktu pagi-pagi buta.
Niat puasa hendaklah dilakukan sebelum fajar
atau sebelum masuk waktu Subuh. Hal ini berdasarkan hadis bermaksud: "Sesiapa
yang tidak berazam puasa sebelum fajar maka tiadalah puasa baginya."
Cuma para ulama mempermudahkan sikit waktu
niat bagi puasa sunat. Kalau puasa wajib seperti Ramadan dan puasa nazar, maka
niat puasa mestilah pada waktu malam sebelum terbit fajar. Adapun puasa sunat,
maka diharuskan berniat sebelum gelincir matahri iaitu sebelum masuk waktu
solat Zuhur.
Asalnya niat puasa perlu dilakukan setiap malam. Namun, boleh juga diniatkan berpuasa sebulan sekali. Misalnya pada malam pertama Ramadan, kita berniat untuk berpuasa satu bulan Ramadan.
Di samping itu, kita juga berniat setiap malam. Kalau terlupa niat pada malam-malam tertentu, maka memadai niat sebulan tersebut.

Ada orang yang berpuasa tidak bersahur. Jadi,
niat puasa itu perlu dilakukan sebelum tidur. Umpamanya, berniat pada jam 10
malam. Niat itu tidak terbatal walaupun selepas itu kita tidur, makan dan
sebagainya.
Bahkan kalau niat puasa untuk esok hari
ketika sedang berbuka puasa pun boleh. Ini kerana niat puasa itu mestilah pada
waktu malam iaitu di antara waktu solat Maghrib hingga waktu solat Subuh.
Bila niat berpuasa itu hendaklah diniatkan
dengan jelas sama ada puasa Ramadan, puasa sunat, puasa nazar atau puasa ganti.
Namun, untuk puasa Ramadan, tentulah kita berpuasa kerana itu puasa wajib pada
bulan Ramadan. Kita niat berpuasa itupun sudah tentu kerana puasa Ramadan.
No comments:
Post a Comment