Wadimor adalah jenama sarung atau kain pelikat
berkualiti dan bermutu tinggi khas didatangkan dari Indonesia. Wadimor menjadi pelikat
pilihan semua lapisan masyarakat.
Wadimor menjadi pilihan ramai kerana kainnya
halus dan lembut dengan pelbagai motif dan corak menjadikan ia amat istimewa apabila
dipakai.
Selain itu, pengeluar pelikat Wadimor sentiasa
meningkatkan atau memberi sentuhan terkini dalam menghasilkan motif-motif dan corak
baru yang sekaligus menjadikan pelikat Wadimor dapat bersaing dengan pengeluar pelikat
lain.
Wadimor merupakan pelikat tenun bermutu
tinggi, dibuat dari benang pilihan paling berkualiti dengan menggunakan mesin berteknologi
canggih untuk penghasilan terbaik.
Pembuatannya melalui kawalan ketat bagi
memastikan kualiti kain pelikat yang dihasilkan yang terbaik, tidak luntur dan tidak
kusam.
Terdapat banyak versi pelekat Wadimor di pasaran sekarang ini. Setiap satu versi mempunyai kelainan dan kelebihan masing-masing.
No comments:
Post a Comment