Setiap
kali ambo kemas kini di media sosial masalah gangguan bekalan air yang dibekalkan
oleh Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) pasti ada yang dengan 'bangganya'
memberi tahu di tempatnya tiada masalah air. Kononnya air memancut laju keluar dari
paip. Tidak pernah menghadapi masalah gangguan air katanya.
Jika
ambo kata AKSB GAGAL, lantas mereka membalas dengan mengatakan AKSB TIDAK GAGAL.
Namun,
pada masa sama, banyak juga rakan media sosial yang berkongsi pengalaman dan keadaan
masalah gangguan bekalan air di tempat mereka. Masalah ini berlaku di hampir setiap
jajahan di Kelantan.
Ini
salah satu contoh catatan di komen Facebook:
Ambo
dh masuk 2 hari langsung xdok air. Sblm ni, air akan masuk dale tangki dale kul
3 pg. Cepat2 la tadoh, simpan, basuh baju & sebagainya. Lepah kul 6 pg meme
air xdok doh. Kul 3 pg plk la air ado.
Xlamo
lg kito smua nk sambut hari raya. Rama perantau & anok beranok akan balik
Kelate xkiro oghe melayu, cina, india, siam & sebagainya sama2 ambik
kesempatan cuti panje. Penggunaan skrg ni pn xleh nk tampung jumlah pengguna.
Bayangkan cuti hari raya akan kita sambut.
Mitok
tlg AKSB ambik tindakan drastik atasi mslh air yg sdh lama dialami rakyat
Kelate. Tu x kecek pasal kualiti air lg sapa ambo ni klu baju warno putih meme
trouma sokmo & x basuh doh di rumoh. Terpakso g dobi & harap2 kualiti
air x mace di umoh. Loni nk bui ado jah dulu. Kualiti kito KIV kejap.
No comments:
Post a Comment