Wednesday, 22 May 2019

AK 4 - APABILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI


Kalau tidak kena pada batang hidung sendiri, masing-masing sekadar buat tidak kisah dengan masalah air yang dihadapi orang lain. Itu masalah kau, kau hadaplah sendiri.

Apabila sendiri menghadapi masalah, maka ketika itu baru rasa terbeban.

Masalah bekalan air di Kelantan memang sudah kritikal. Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) gagal melaksanakan amanah membekalkan bekalan air terawat kepada rakyat Kelantan.

Namun, AKSB menganggap perkara ini sudah biasa. Alah bisa tegar biasa. Mereka sudah lali dengan aduan dan maki hamun rakyat Kelantan. Salah satu ciri untuk bekerja dengan AKSB ialah kena bersikap 'tuli', 'buta', 'pekak' dan 'hati batu'.

Pada bab itu, ambo salin dan tampal catatan seorang sahabat di FB.

SELAMA NI GU AMO Lokman Ismail JAH DOK BEDIL AKSB, HARI NI KAWE NOK BEDIL GETEK.
MENGAPA SUKAR NAK SELESAIKAN MASALAH AIR NI?
RASANYA ZAMAN BN DULU,DAH BERI PERUNTUKAN YANG BESAR OLEH KERAJAAN PUSAT UNTUK TINGKATKAN MUTU TAPI MASIH TAHAP TAIK KUCING.
BAYANGKAN BETAPA SUSAHNYA BILA BERLAKU KEMATIAN SUPOR WOREH KAWE NI.
NAK MASAK LAUK PAUK UNTUK TETAMU YANG MAI BUI PENGHORMATAN PUN TAKLEH.
LAST SEKALI KENA MUNGOH BARE MASOK GI MASOK RUMOH MOK KAWE.
HARI JUMAAT NI BARU BAKAR JENAZAH, BAYANGKAN 3 HARI DOK KALUT NGAN MASALAH AIR TAKDOK.
NASIB BAIK JENAZAH TELAH DIMANDIKAN, KALU DOK KALUT JADINYA.

No comments:

Post a Comment