Mendung tidak semestinya hujan akan turun.
Hujan pula tidak semestinya masalah air akan selesai. Biarpun Air Kelantan Sendirian
Berhad (AKSB) mengatakan masalah gangguan bekalan air disebabkan musim kemarau,
ambo mempunyai pengalaman sebaliknya.
Masalah gangguan bekalan air yang dibekalkan
oleh AKSB sebenarnya tidak bermusim. Ia bukan sahaja berlaku pada musim kemarau
yang dijadikan alasan, tetapi sepanjang tahun, termasuk musim tengkujuh.
Pengalaman ini ambo alami beberapa tahun
lalu. Ketika itu musim tengkujuh yang mana hujan turun saban hari.
Pada satu hari, di rumah ambo berlaku gangguan
bekalan air. Sedangkan pada waktu itu, di hadapan rumah ambo air melimpah parit
dan telah memenuhi ruang tempat letak kereta.
Jadi, di mana lojiknya, masalah gangguan
bekalan air berlaku disebabkan masalah bekalan air mentah sebelum dirawat untuk
disalurkan kepada pengguna AKSB?
AKSB gagal mengurus operasi merawat dan
membekalkan air kepada pengguna sepanjang masa, tetapi sering mencari alasan untuk
mengelirukan pengguna.
No comments:
Post a Comment