Sunday, 2 June 2019

MENDUNG BUKAN BERERTI HUJAN TURUN


Mendung tidak bererti hujan. Itu peringatan orang tua-tua agar kita tidak mengharapkan kepada sesuatu yang tidak pasti.

Sebenarnya, apabila mendung pasti akan berlaku hujan. Awan mendung itu membawa titis hujan. Titis air itu tidak akan naik ke atas melainkan akan tetap jatuh ke tanah jua.

Namun, titis air itu tidak pasti akan jatuh di mana. Awan mendung yang kita lihat itu mungkin akan ditiup angin ke tempat lain dan berlaku hujan di situ.

Sebab itu, ada tempat yang mengalami hujan lebat, sedangkan tempat yang tidak jauh dari situ pula langsung tidak menerima tempias hujan, melainkan sekadar melihat mendung.

Ia sama juga dengan rezeki kita yang sudah berada di depan mata, mungkin tidak menjadi milik kita. Rezeki yang diturunkan Allah itu tetap akan dimanfaakan oleh individu atau makhluk lain.

Terimalah hakikat bahawa itu bukan rezeki kita. Bermohonlan kepada Allah agar pada satu ketika nanti ada rezeki untuk kita.

Ingatlah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Biarpun pepatah itu lebih bermaksud tiada siapa yang tidak melakukan kesalahan, namun sesuai juga dikatakan tiada siapa yang tidak menerima rezeki dari Allah.

No comments:

Post a Comment