Sunday, 2 June 2019

TRADISI 'BOJEN' SAMBUT HARI RAYA

Di Kelantan dan mungkin juga di tempat-tempat lain, selain menyediakan keperluan makan minum, pakaian dan menghias rumah untuk persiapan, satu lagi perkara 'wajib' kepada anak, khususnya lelaki ialah menggunting rambut atau 'bojeng' atau 'bojen'.

Bojen dianggap penting kerana penampilan anak mesti kemas dan rambut terurus ketika menyambut Aidilfitri. Maklumlah, rambut kanak-kanak dahulu biasanya dalam keadaan kusut masai.

Aktiviti di luar rumah seperti mandi sungai dan bermain keliling kampung menyebabkan penampilan mereka tidak kemas. Tambahan pula, masa tu mana ada penggunaan shampoo dan minyak rambut.

Jadi, untuk kelihatan kemas dan terurus, cara terbaik untuk menyambut Aidilfitri ialah bojeng. Bojeng biasanya potong rambut pendek tanpa fesyen. Cara itu juga dapat mengatasi masalah kutu dan kudis di kulit kepala yang biasa dihadapi kanak-kanak dahulu.

Seminggu sebelum raya biasanya masa paling sibuk bagi tukang gunting rambut. Ada yang terpaksa meneruskan operasi kedai gunting sehingga lewat malam. Kalau tutup awal, pasti ada yang pergi ketuk pintu rumah.

Walaupun tradisi bojeng semakin kurang, masih ada ibu bapa yang melakukan kepada anak-anak mereka. Biar nampak macam bersungguh-sungguh hendak raya.

Lebih meriah lagi kalau adik-beradik dan sepupu atau kawan sekampung ikut sama. Memang gampak nampak.

No comments:

Post a Comment