LOS
ANGELES 31 Mei 2019 - Sebuah syarikat teknologi berjaya menghasilkan prototaip
skala sebenar sebuah teksi terbang yang dijana oleh kuasa hidrogen.
Mail Online
melaporkan, teksi terbang yang dicipta oleh Alaka’i Technologies itu mempunyai
enam buah rotor yang dipasang pada bahagian bumbung kenderaan terbabit serta
boleh memuatkan lima penumpang dalam satu masa.
Prototaip
teksi terbang yang diberi nama Skai itu didedahkan buat pertama kali di sini
dan syarikat berkenaan memaklumkan kenderaan masa depan itu boleh digunakan
untuk membawa kargo dan berfungsi sebagai ambulans udara.
Seperti
dron, teksi terbang itu berlepas dan mendarat secara menegak dan mampu membawa
muatan seberat 454 kilogram serta bergerak selaju 120 kilometer sejam.
Pencipta
kenderaan futuristik itu memaklumkan, teksi terbang tersebut akan mengambil
masa sehingga 10 tahun sebelum benar-benar beroperasi, namun berharap boleh
digunakan terlebih dahulu dalam sektor kecemasan.
Golongan
pakar pula berpendapat, kenderaan jenis itu perlu melepasi pelbagai ujian dan
kelulusan sebelum dibenarkan terbang di ruang udara.
Skai
menjadi satu lagi pelopor kenderaan masa depan selepas dua syarikat pengeluar
pesawat, Boeing dan Airbus membangunkan teknologi yang menggunakan kuasa
hidrogen.
Prototaip
yang dihasilkan kedua-dua syarikat tersebut dilaporkan berjaya melepasi ujian
pada awal tahun ini.
Menurut
Ketua Pengarah Eksekutif Alaka’i Technologies, Stephen Hanvey, Skai menggunakan
bateri yang dijana dengan kuasa hidrogen, sekali gus menjadikannya lebih
ringan dan fleksibel.
No comments:
Post a Comment