Sesiapa yang memukul,
menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas
kekejaman haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772)
Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang bertujuan
memastikan pemilik haiwan bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan
dikuatkuasakan sejak 1 Julai 2017.
Penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) itu menyaksikan pemunya yang didapati bersalah dalam lima keperluan utama yang digariskan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti penalti bermula RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
Di bawah akta ini pemunya bertanggungjawab memastikan haiwan yang dipelihara berada di persekitaran sesuai; diet sesuai; membolehkan mempamer corak kelakuan semula jadi; haiwan ditempatkan bersama atau berasingan dan dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan atau penyakit.
Hukuman bukan tujuan utama tetapi akta ini lebih kepada usaha menolak budaya 'animal is animal', sebaliknya memupuk sikap pemunya menjadikan haiwan yang dipelihara sebagai keluarga, ahli komuniti dan warganegara yang perlu diberi layanan baik.

Biarpun Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) telah dikuatkuasakan, masih
ramai yang tidak memperdulikan. Penderaan dan pengabaian terhadap haiwan masih berlaku.
Akibatnya, banyak kes telah dihadapkan ke mahkamah dan pesalah telah dihukum dengan
setimpal.
Islam amat tegas menentang sebentuk penderaan, bukan saja terhadap manusia,
bahkan yang melibatkan haiwan. Dari Anas menjelaskan: “Rasulullah melarang
daripada mengurung binatang sampai mati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW pernah menyatakan hasrat membeli seekor unta yang tidak
dijaga dengan baik oleh tuannya yang disifatkan satu penderaan terhadap unta
itu. Unta yang diserahkan oleh tuan asalnya telah dibebaskan oleh Rasulullah
SAW bagi menikmati kehidupan lebih baik.
Dalam hadis lain dijelaskan seorang perempuan masuk neraka disebabkan
perbuatanya menyiksa seekor kucing yang ditambat tanpa diberikan makanan.
No comments:
Post a Comment