Tok nyadat atau tok sadat satu kerjaya yang semakin kurang
dilakukan. Bahkan, tidak banyak lagi orang tahu tentang tok nyadat atau
menyadap tuak.
Tok nyadat atau tukang nyadat ialah mereka yang melakukan
kerja-kerja menyadat atau menyadap tuak. Tuak atau nira diperoleh dari jenis
pokok palma seperti kelapa, tal, nipah dan kabung.
Terbaru, di Kelantan terdapat tok nyadat kurma. Yang belum
lagi dicuba untuk mendapatkan nira atau tuak ialah dari pokok kelapa sawit.
Kelapa sawit termasuk dalam kategori kumpulan pokok palma.
Usaha mendapatkan tuak dari pokok kelapa sawit wajar
dilakukan. Jika berjaya, tindakan itu akan menjadi nilai tambah kepada hasil
penanam kelapa sawit yang sekarang ini berdepan harga yang rendah.
Tok nyadat perlu memanjat pokok untuk menyadat atau menyadap
melakukan kerja menyadat atau memotong mayang kelapa. Selain itu tok nyadat
perlu memanjat sekurang-kurangnya dua kali pokok kelapa untuk memunggut tuak
yang ditadah di dalam tukil.
Bagaimanapun, untuk menyadat tuak nipah, tidak perlu
memanjat. Ini kerana tandang nipah yang mengeluarkan tuak berada pada paras
rendah atau di atas paras tanah.
Namun, cabaran mendapatkan nira nipah tidak kurang cabarannya
kerana kedudukan pokok nipah kebanyakannya berada di tepi sungai atau paya yang
berlumpur.
Tukil untuk menadah nira dahulunya diperbuat daripada buluh. Namun
sekarang ni kebanyakan tukil menggunakan botol plastik yang lebih ringan dan tidak
mudah pecah.
Biasanya penyadat akan mengandar tukir berisi tuak untuk dibawa
pulang ke rumah. Kandaran di buat daripada batang kayu atau buluh yang kukuh.
Tukil yang diikat dengan tali akan diletakkan di kedua-dua hujung
batang kandaran. Ia perlu diletakkan sama banyak atau sama berat agar untuk mudah
dikandar nanti.
No comments:
Post a Comment