Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Bermaksud, mendidik
ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa kecil, apabila sudah
besar hatinya keras dan sukar diajar.
Antara sikap yang perlu dididik dalam diri anak ialah sifat tolong
menolong dan ihsan. Melakukan kebaikan kepada orang yang memerlukan biarpun berlainan
kaum dan agama.
Asuh dan didik anak agar sebati dalam dirinya perasaan dan keinginan
ingin membantu orang lain.
Anak yang terdidik dengan perasaan ihsan akan berbakti kepada
kedua ibu bapanya dan juga melakukan kebaikan kepada orang lain.
Sesungguhnya hidup sesama manusia saling memerlukan. Yang kaya
menghulurkan bantuan kepada yang miskin kerana itu satu kitaran hidup yang mana
kayanya seseorang kerana adanya orang lain yang sanggup berkhidmat dan menyumbang
kekayaan kepadanya.
Apa ertinya kekayaan jika semua keperluan hidup perlu dilakukan
sendiri untuk mendapatkannya. Contohnya, orang kaya perlu menanam sendiri padi untuk
keperluannya.
Namun, dalam realiti kehidupan, orang kaya tidak perlu menanam
sendiri padi kerana dia mampu membelinya disebabkan ada petani sanggup membanting
tulang untuk menanam padi dan menjualnya kepada orang kaya.
No comments:
Post a Comment