Monday, 10 June 2019

TIPS MENGELAK PEMANDUAN LAJU

Memandu laju antara punca berlaku kemalangan maut. Jadi, perlahankan kenderaan anda untuk mengelak kemalangan. 

Amalkan tips untuk mengelak pemanduan laju.
- Pantau kelajuan anda dari masa ke semasa. Perlahankan kenderaan jika menyedari telah memandu laju melebihi had ditetapkan.
- Sentiasa amalkan memandu kurang dari had yang ditetapkan di sesuatu kawasa.
- Perlahankan kenderaan apabila keadaan cuaca, keadaan jalan dan trafik yang berbahaya.
- Fokus pada pemanduan agar hal berkaitan aspek keselamatan dipatuhi.
- Jaga jarak antara kenderaan di hadapan dalam jarak selamat.
- Kenal pasti pencetus kelajuan anda. Mengejar, memotong atau diekori kenderaan lain.  Elak mengejar kenderaan lain jika kelajuan telah melebihi had laju. Jangan memotong jika kenderaan hadapan juga laju. Atau beri laluan untuk kenderaan lain memotong jika diekori.
- Perlahankan kenderaan ketika melalui kawasan kampung, perumahan atau sekolah.
- Rancang perjalanan agar tidak tergesa-gesa memandu laju untuk sampai pada masa tertentu.

Ingat, anda mampu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment