Proses melakukan kerja dakwah bukan perkara mudah
biarpun menjadi tanggungjawab semua orang. Terdapat pendekatan dakwah yang
berkesan perlu dipelajari dan diamalkan dalam melaksanakan tugasan
dakwah.
Sesungguhnya tugas penting ini tidak terlepas daripada
menghadapi cabaran, tambah lagi dalam situasi sekarang yang mana dunia tanpa
sempadan serta usaha pihak tertentu yang ingin menghancurkan Islam melalui
serangan pemikiran. Pendidik berperanan mendidik pelajar berdepan cabaran
tersebut.
Dalam semua keadaan, kita tidak terlepas menghadapi
cabaran. Namun, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apa yang
penting ialah usaha dengan pendekatan yang susuai untuk mengatasinya.
Dakwah tidak hanya disampai melalui ucapan atau
kata-kata. Dakwah juga boleh disampaikan melalui tulisan, perbuatan dan
contoh.
Justeru, guru mempunyai pelbagai cara untuk melaksanakan dakwah bukan saja kepada pelajar, bahkan kepada masyarakat umum. Terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan dakwah.
Justeru, guru mempunyai pelbagai cara untuk melaksanakan dakwah bukan saja kepada pelajar, bahkan kepada masyarakat umum. Terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan dakwah.
Sedia diketahui, tugas utama guru ialah mengajar
matapelajaran di bilik darjah. Setiap guru ada matapelajaran khusus dan pilihan
yang dipertanggungjawabkan mengajar pelajar.
Bagi guru yang mengajar matapelajaran berkaitan ibadah
dan pengetahuan Islam, tugas dakwah tidak sukar dilaksanakan. Ia sudah
menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dan sukatan pelajaran yang
ditetapkan.
Dalam kontes ini, guru berkenaan perlu melaksanakan
dengan penuh dedikasi bukan saja bertujuan untuk pelajar lulus peperiksaan,
tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk dijadikan amalan kehidupan
seharian.
Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari adalah untuk
diamalkan. Ilmu yang dipelajari tetapi tidak diamalkan tidak memberi
manfaat umpama seperti pokok yang subur tetapi tidak berbuah.
Hari ini banyak pelajar berjaya mendapat keputusan
cemerlang, tetapi bankrap moralnya. Kita gagal menghasilkan rakyat minda kelas
pertama.
Bagi guru yang mengajar matapelajaran tiada kaitan
dengan agama, mereka masih berpeluang melaksanakan dakwah. Sesungguhnya semua
pengetahuan mempunyai kaitan dengan agama.
Contoh pelajaran sains juga mempunyai kaitan dengan
agama kerana ia adalah ilmu yang berkaitan dengan apa yang dicipta oleh Allah.
Dengan itu, guru sains perlu bijak bagaimana hendak kaitkan sains dengan
dakwah.
Antara yang boleh dikaitkan ialah kekuasaan Allah
mencipta alam ini. Pelajar perlu berasa apa juga yang berlaku di sekeliling ini
adalah kuasa Allah dan sekaligus meletakkan diri semakin hampir
kepada-Nya.
Terimakasih banyak infonya,..
ReplyDeletesemoga bermanfaat.
ReplyDelete