Sunday, 2 June 2019

KUIH MANIS PUNCA PENYAKIT


Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut.

Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih-muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti sagu gula melaka, pengat, kuih lopes dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan ais kepal.

Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Sedarlah, gula yang berlebihan dalam badan adalah racun. Banyak kesan buruk akibat pengambilan gula berlebihan.

Seorang dari lima orang rakyat Malaysia adalah pengidap penyakit kencing manis. Punca penyakit kencing manis berpunca pengambilan gula berlebihan.

Jadi, kawal diri daripada mengambil makanan manis secara berlebihan atau terlalu kerap. Jangan ikut nafsu sukakan makanan manis-manis, kelak diri merana kerana penyakit kencing manis.

No comments:

Post a Comment