Perbuatan membaca al-fatihah kepada si mati
atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh
Rasulullah SAW dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf.
Tidak diriwayatkan walau satu hadis, cerita atau apa jua kisah bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-Fatihah kepada orang mati di kalangan mereka.
Isunya bukan soal sampai tak sampai, tetapi soal tak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang Nabi SAW tidak buat.

Jadi,
sepatutnya kita mengikut cara diajarkan Rasulullah SAW dan apa yang dinyatakan
dalam al-Quran. Kita perlu sedar, setiap amalan yang kelihatan baik tetapi
tidak dilakukan oleh Rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar
sebab jika ianya perkara baik sudah pasti mereka akan mendahului kita.
Berkata
Huzaifah al-Yaman yang bermaksud: "Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh
para sahabat Rasulullah SAW maka janganlah kamu melakukannya."
Sebenarnya,
Rasulullah SAW ada mengajar umatnya apa yang perlu dilakukan apabila mendengar
berita kematian atau musibah. Cara itu ialah mendoakan kepada si mati atau
orang yang sedang dilanda musibah.
Antara
contoh doa yang dilafazkan oleh Rasulullah sepertimana sabda yang bermaksud:
"Ya Allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik.
(Riwayat Abu Daud)
Kita
juga dituntutan agar mengucapkan “Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un” yang
bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah
kami kembali."
Ungkapan
‘inna lillah’ adalah ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud: "(Yaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali."
Umat
Islam mempercayai bahwa Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jugalah yang
mengambil, Dia menguji umat manusia. Oleh kerananya, umat Islam menyerahkan
diri kepada Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan atas segala yang mereka terima.
Pada
masa yang sama, mereka bersabar dan menyebut ungkapan ini saat menerima cubaan
atau musibah.
Mengenai
pahala bacaan doa kepada si mati, kebanyakan ulama mengatakan membaca doa untuk
si mati, insyaallah sampai. Maksudanya ada kebaikan diperoleh si mati hasil doa
itu.
Pendapat itu berdasarkan kepada hadis Muslim, terdapat sunah mendoakan dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan dengan membaca (terjemahan): "'Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. (Hadis riwayat Muslim)
Dalam menyelesaikan persoalan ini, jika ada yang tetap mahu melakukan amalan membaca surah al-Fatihah dan menyedekahkannya kepada orang mati maka janganlah dicela atau dilemparkan tuduhan bukan-bukan.

Para
ulama telah membincangkan perkara ini secara mendalam. Tentunya ada sesuatu
yang menyebabkan perkara ini dilakukan dan diamalkan berterusan.
No comments:
Post a Comment