Monday, 3 June 2019

JENIS DOSA HARI RAYA

Perkataan Aidilfitri atau lidulfitri berasal dari dua perkataan iaitu aidil yang bererti perayaan dan fitri bermaksud bersih, suci atau semulajadi.  Aidilfitri menggambarkan suasana gembira setelah melaksanakan ibadat puasa dan menyucikan diri daripada perkara kotor dan dosa.  Allah membersihkan diri setiap orang yang melakukan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna, seperti mana dia baru dilahirkan.

Jadi, jangan pula buat dosa atau mengotorkan kebersihan Aidilfitri. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya. Jangan buat tidak tahu tentang kesalahan ini.

Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita berlaku ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalam yang dianggap sebagai tanda memuliakan tetamu atau memohon maaf.

Budaya ini perlu dihentikan. Haram bersentuhan lelaki dan wanita bukah mahram. Elak menghulur tangan kepada bukan mahram untuk bersalam. Memadai dengan ucapan sahaja.

Pakaian wanita

Hari raya pelung untuk bergaya dan kelihatan cantik. Itu tidak salah, tetapi jangan berpakaian yang mendedahkan aurat. Maksud mendedahkan aurat bukan sahaja apabila aurat atau bahagian badan terdedah. Termasuk mendedahkan aurat ialah berpakian sendat atau ketat dan nipis.

Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa)

Wangian wanita

Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.

Meninggalkan solat

Hari raya memang padat dengan aktiviti menerima kunjungan tetamu atau berkunjung ke rumah orang lain. Kesibukan tahap sampai tiada ruang untuk berehat. Keadaan itu menyebabkan sampai tidak sempat solat.

Ingatlah, kita baru selesai menunaikan ibadat puasa yang sepatutnya menambah rasa takwa dan keimanan. Jangan, kejayaan Ramadan rosak pada Aidilfitri. Solat tiang agama dan ibadat paling asas menentukan kedudukan iman seseorang.

Tidak memuliakan tetamu

Perkara ini berlaku apabila menganggap tetamu tidak penting. Yang datang itu bukan saudara mara atau kenalan. Jadi, dibiarkan tetamu layan diri. Tuan rumah sibuk dengan telefon pintar atau gajet telekomunikasi. Sepatutnya, inilah masa terbaik untuk membentuk hubungan silaturahim, termasuk mereka yang baru dikenali.

Makan berlebihan

Pelbagai hidangan yang sedap-sedap dihidangkan pada hari raya. Pun, itu bukan alasan untuk makam berlebihan. Jangan jadikan hari raya untuk membalas dendam sebulan tidak boleh makan pada siang hari. Banyak keburukan mengisi perut terlalu penuh.

Aurat antara ipar dan sepupu

Masa hari raya masing-masing berkumpul di rumah ibu bapa atau datuk. Jadi, yang yang hadir itu termasuk ipar duai dan sepupu. Hubungan dengan ipar dan sepupu adalah bukam mahram. Jadi, batasan aurat mesti dijaga seperti berada dengan bukan mahram lain. Jangan ambil mudah dalam soal aurat walaupun di dalam rumah.

Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Bermegah

Sikap bermegah dengan kekayaan dan kedudukan dapat dilihat pada hari raya. Ada yang menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik. Peluang berjumpa dengan sanak saudara dijadikan masa untuk bermegah dengan kejayaan yang capai. Mereka hanya melayan orang sama taraf dengan.


Dosa mengumpat

Bila lama tidak berjumpa, ramai pula yang menjadikan masa hari raya untuk mengumpat. Bercerita mengenai orang lain. Macam-macam topik dijadikan borak panjang yang menambah dosa.

Berhati-hati agar tidak melakukan dosa atau kesalahan pada hari mulia. Aidilfitri perlu jadi permulaan untuk kita menjadi lebih baik berbading sebelumnya sesuai dengan keadaan diri yang telah melalui latihan takwa dan iman sepanjang bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment