Islam
sebagai agama Rahmatan Lil Alamin (rahmat kepada seluruh alam), tidak ada
masalah dengan isu bangsa atau agama. Islam telah menjelaskan secara terbaik
perlu difahami umat Islam untuk berurusan sesama saudara seagama serta yang
bukan Islam.
Islam
sejak awal sudah membuat penegasan mengenai hubungan dengan penganut agama lain.
Firman Allah SWT: “Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku.” (Al-Kafirun:
6)
Justeru,
perihal agama tidak boleh ada tawar-menawar kerana umat Islam mengakui dan
meyakininya sebagai agama benar tetapi menerima hakikat pemberian hidayah dan
kesesatan itu milik Allah SWT.
Persoalan
sekarang, bagaimana untuk hidup dalam negara yang bukan sahaja berbilang kaum,
bahkan berlainan agama.
Kita
perlu menghayati apa ditekankan ulama mengenai hubungan sesama Muslim dan
hubungan dengan bukan Islam.
Ajaran
Islam menetapkan umat Islam menjalinkan hubungan dan mengiktiraf kewujudan
bersama dengan mengamalkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi
serta pengurusan.
Kita
boleh bekerjasama, bertolak ansur dan berbincang mengenai pembangunan ekonomi
seperti kita lakukan sebagai rakyat berbilang bangsa serta agama.
Namun
dalam perkara berkaitan agama, orang Islam tidak boleh campur tangan dalam urusan
agama lain dan begitulah sebaliknya. Setiap penganut perlu menghormati prinsip
dan dasar dalam hidup bersama.
No comments:
Post a Comment