Satu
panduan yang cukup baik daripada Imam al-Qurtubi berkaitan 'teknik' dan 'cara' berdoa.
Menurut beliau: "Adalah wajar bagi seseorang individu menggunakan doa-doa
di dalam Al Quran dan hadis-hadis yang sahih serta meninggalkan selainnya.
Janganlah
dia mengatakan, ‘Saya telah memilih doa sendiri.’. Ini kerana Allah SWT telah
memilihkan pelbagai doa kepada nabi dan para wali-Nya dan mengajarkan kepada
mereka bagaimana sewajarnya mereka berdoa.”
Jika
ada teknik berdoa yang tepat yang menjamin kemakbulan doa, ini bermakna kaedah
berdoa Nabi SAW adalah tidak tepat kerana pernah doa Nabi SAW tidak
dimakbulkan.
Maksudnya: Nabi
pernah melakukan solat yang amat panjang. Melihat hal tersebut para sahabat
bertanya, “Wahai Rasulullah. Engkau solat bukan seperti biasa.”
Baginda
menjawab, “Ya, benar. Solatku itu adalah shalat raghbah (penuh harap) dan
rahbah (takut kepada-Nya). Dalam solatku itu aku memohon kepada Allah 3
perkara, Dia mengabulkan dua perkara sedangkan satunya lagi tidak dikabulkan.
Aku memohon agar umatku tidak binasa oleh
bencana kelaparan, maka Dia mengabulkan permohonan ini. Aku memohon agar umatku
tidak dikuasai oleh musuh dari luar mereka, Dia pun mengabulkannya. Namun
ketika aku memohon agar umatku tidak merasakan kekejaman sesama mereka sendiri,
Dia tidak mengabulkannya.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 2175)
Nasib
yang berlaku dalam hidup manusia tidak berlaku dengan usaha manusia semata-mata
sebaliknya ia adalah kehendak Allah SWT. Manusia hanya mampu berusaha dalam
keadaan mengakui potensi dan kelemahan diri tetapi yang menentukannya adalah
Allah SWT.
Inilah
sebagai yang dijelaskan oleh Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat dan
inilah kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ketakutan
Nabi SAW ketika berdoa lebih jelas ketika peristiwa Perang Badar.
Saidina
Umar al-Khattab menceritakan: “Ketika Perang Badar, Rasulullah SAW melihat
kepada kaum musyrikin dan mereka berjumlah 1000 orang sedangkan para sahabatnya
berjumlah 319 orang, lalu Nabi SAW menghadap ke kiblat, mengangkat tangan
berdoa kepada Tuhannya:
‘Ya
Allah, penuhilah bagiku apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah,
datangkanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau
hancurkan golongan Muslim, Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini.’
Maka
terus Rasulullah SAW berdoa kepada Tuhanya dengan mengangkat kedua tangan
menghadap kiblat, sampai terjatuh selendangnya dari kedua bahunya.
Maka
datanglah Abu Bakar dan mengambil selendangnya serta memakaikan kembali di atas
bahunya dan menguatkan di belakangnya sambil berkata, “Wahai Nabi Allah,
cukuplah permohonanmu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia akan memenuhi bagimu
apa-apa yang telah dijanjikan kepadamu.’
Lalu
turunlah ayat: “(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu,
lalu diperkenankan-Nya bagimu: ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan
kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” (Surah
al-Anfal: 9)
Maka
Allah mendatangkan bantuannya dengan kedatangan para malaikat. (Riwayat
Muslim, no. 1763)
Jelas
dalam doa Nabi SAW, kerisauan dan kebimbangan Baginda akan kekalahan tentera
Islam. Dengan izin-Nya, doa tersebut makbul dan tentera Islam beroleh
kemenangan.
No comments:
Post a Comment