Saya
ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Ada
orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek
je dapat 11 anak semua lelaki.
Alhamdulillah
walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke
universiti.
Pada
tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh.
Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak
besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan
hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan
Allah..semua rezeki dari Allah.
Allah
bagi "rezeki" kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk
berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi
buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan
lain-lain.
Pada
tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada
berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada
kesan parut di tangan kiri.
Makanan
kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan.
Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah
ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara
berterusan.
Walau
keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang
mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak
juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya
melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan
hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih
melihat keadaan emak.
Ketika
itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang
lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah
yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama
baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib
baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran
tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di
rumah.
Sehingga
tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada
dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu
api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api.
Ketika
itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami
sahaja.
Mak
pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang
ada.
Alhamdulillah,
beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit
biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita,
dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Sepanjang
ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya
tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di
masjid atau tak.
Arwah
ayah selalu pesan, "tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi
solat jemaah tidak dijaga". Arwah ayah memang sangat menekankan amalan
agama.
Walaupun
kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap
ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana
di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun,
syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16
berjaya semua masuk universiti.
Pesanan
untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah
penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti
dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang
bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan
saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya
maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
-
Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
No comments:
Post a Comment