Nyawa
sangat rapuh... bila sampai masa Allah ambil, tak diundur walau sesaat...
Pagi
semalam pokcik man tak lalu makan nasi ayam yang dia request dari isterinya.
Amboiii
pokcik ilir pokcik belako nih makan...kata aku suko la menyakat
Nasi
ayam sohor tepi Masjid Muhammadi nih, katanya senyum.
Tetapi,
dia makan semulut dua... "tak lalu"
Semalam,
dia muntah darah. Pekat dan bertongkol-tongkol. Itulah yang berlaku mula2 kami
masuk wad bilik kubikel kardio ini..
Batuknya
tegang, darah keluar pekat... tetapi dua hari lepas kami hadir, Afrizam Arif dan
Cikgu Shukri selalu membawa pokcik man gembira... pokcik man suko bergurau,
menyanyi dan menghiburkan orang lain.
Katanya
dulu dia kerja JPP tapi panje lebar hal kerja kami tak ambik detail sangat.
3
hari tanpa muntah berdarah dan semalam dia kembali muntah.
"Hello,
mari la kat Abah, rasonya abah tak lamo doh ni, mutoh darah, letih
sangat," dia menghubungi anak2... dan kemudian anaknya segera berada di
sampingnya sehingga jam 10 malam.
Tidurnya
lena semalam. Tak batuk2 dan pagi hari dia beritahu Afrizam, smale kito tidur
molek.
Ia
berlaku sebentar sahaja. Kami penjaga diminta duduk di luar ketika doktor
'round'.
Kata
Afrizam, ketika itu dia mahu ke tandas, tetapi lama sungguh bilik tandas
terkunci.
Rupa2nya
pokcik man rebah dalam tu dan pintu tandas terpaksa dipecahkan.
...
dan begitulah pengakhirannya... pokcik man pergi buat selama-lamanya...
Innalillahi wainnailai hirojiun...
Semoga
dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman... aamin
Catatan:
Kisah
benar diambil dari FB Soah Ismail
(Gambar
sekadar hiasan)
No comments:
Post a Comment