Manusia
tidak dapat lari dari ada sahabat. Hal ini disebabkan manusia memang suka bersosial
atau berteman. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis sahabat.
1.
TA’ARUFFAN - Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah
bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
2.
TAARIIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman
sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
3.
AHAMMIYYATAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu
seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4.
FAARIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal,
golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
5. AMALAN - Persahabatan yang terjalin kerana
kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.
6.
ADUWWAN - Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila
belakang kita … Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.
7.
HUBBAN LIMAANAN - Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling
cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati,
menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam,
dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta
sahabatnya; kerana Allah Ta’ala SWT jua.
Dari
7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang
ke-7. Persahabatan kerana Allah akan kekal selama-lamanya.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi
musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan.” (Surah Az-Zukhruf
:67).
No comments:
Post a Comment