Friday, 13 January 2017

DURIAN BELANDA UBAT KANSER


Durian selat atau durian belanda (Soursop) mempunyai khasiat perubatan yang tinggi, terutama merawat kanser. Penggunaan durian selat untuk tujuan perubatan sudah lama diamalkan masyarat di negara kita. Sumber alam berkesan dan selamat merawat penyakit.

Cara untuk mendapatkan manfaatnya bukan saja dengan memakan buahnya, tetapi juga daun, kulit batang, akar, biji dan bunganya.  Dengan kata lain, semua bahagian pokok itu boleh dimanfaatkan untuk tujuan perubatan.

Nama botani bagi durian belanda ialah Annona muricata L. dari keluarga Annonaceae. Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan.

Nama "belanda" pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah kolonial Hindia-Belanda(Sepanyol) pada abad ke-19.

Durian belanda juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia).

Ketinggian pokok durian belanda adalah sederhana yang mencapai kira-kira kira-kira 10 meter.

Bunga durian belanda mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Buahnya berduri, tetapi durinya agak lembut.

Isi buah durian belanda berwana putih dan mempunyai biji yang banyak, berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Buah durian belanda rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jusmengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2.

Kajian yang dibuat mendapati durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing (masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantung, batuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.

Secara umumnya, manfaat perubatan diperoleh dari durian selat  ialah:   

- Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi.
- Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
- Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
- Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat kanser.
- Membunuh kanser usus besar, payu dara, prostat, paru-paru dan pankreas.
- Memperlahankan pertumbuhan sel kanser.
- Mengatasi masalah deman.
- Mengurangkan kadar kencing manis.
- Atasi masalah sembelit.
- Menurunkan kadar darah tinggi.

Pendedahan secara kajian makmal mengenai kehebatan kegunaan durian selat untuk tujuan perubatan menyebabkan ia kini menjadi rebutan ramai.  

Harganya kini melambung tinggi disebabkan permintaan melebihi penawaran.  Malah, untuk mendapatkannya juga amat sukar.

Hal ini jauh berbeza dengan kira-kira 10 tahun lalu.  Durian belanda tidak mendapat tempat di hati masyarakat kita mungkin disebabkan rasanya sedikit masam dan lembik. Tidak ramai yang berminat untuk menanamnya.  Bahkan pokok ini telah termasuk dalam senarai pokok nadir. 

Petani atau peladang menanam durian selat secara bersar-besaran biasanya untuk tujuan membuat jus.

No comments:

Post a Comment