Saturday 1 April 2017

Cara musuh kuasai pemimpin Islam

Bantu individu boleh dicucuk hidung atau jadi boneka menjadi pemerintah adalah satu kaedah serangan pemikiran digunakan terhadap negara miskin atau berdepan masalah kepimpinan. 

Kaedah ini memang amat berkesan untuk mengubah banyak perkara dalam sesebuah negara dan masyarakat. 

Bantuan ini diberikan oleh negara kuasa besar, tetapi bisasnya berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengelak dituduh mencampuri urusan sesebuah negara.

Bantuan yang diberikan itu dalam bentuk kewangan, sokongan moral, bantuan nasihat kepakaran dan beberapa elemen lain. 

Individu berkenaan akan dilihat sebagai hebat di luar negara hasil provokasi yang dilakukan melalui media. Tokoh berkenaan diangkat sebagai pejuang dan mempunyai keupayaan mentadbir negara.

Akibat terpengaruh dengan sokongan antarabangsa dan penampilan menarik yang dipromosikan melalui media, rakyat di sesebuah negara akan terpengaruh dan menjulang individu atau kumpulan tertentu. 

Hasil fenomina itu, beberapa pemimpin negara Islam telah jatuh dan digantikan dengan pemimpin yang mendapat sokongan pihak kafir. 

Disebabkan telah terhutang budi dan takut menjadi mangsa kepada pihak yang membantunya jika tidak mahu mengikut telunjuk, maka pemimpin itu menjadi boneka kepada puak kafir. 

Akibat itu, pemerintahan di negara berkenaan terikut-ikut dengan kehendak pemikiran kafir. Apa yang ada di negara kafir, sedikit demi sedikit akan menyerap dan diamalkan di negara Islam. 

Akhirnya, negara Islam bertukar menjadi negara sekular atau jika kekal sebagai negara Islam, nilai-nilai Islam amat kurang diamalkan kecuali yang berbentuk ritual atau tradisi Islam semata-mata.

No comments:

Post a Comment