Thursday, 24 May 2018

BUAH SETAR ASAL NAMA ALOR SETAR

Buah kundang juga dikenali dengan beberapa nama seperti buah setar, buah temia, buah rembunia, buah kemior dan buah ghemia. Nama bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah dikata diambil dari nama pakok setar. Dikatakan terdapat banyak pokok setar di sungai kawasan tersebut.

Nama saintifiknya buah kundang ialah Bouea macrophylla dari family Anacardiaceae. Pokok ini tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia.

Mungkin kerana bijinya berwarna ungu ia dipanggil buah kundang. Ada juga yang menyebut warna ungu itu warna biji kundang. Betullah tu, biji dia memang warna kundang pun. 

Buah kundang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).

Pokok buah kundang berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Boleh dibiak menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pokok kundang ada dua jenis mengikut ukuran duannya iaitu berdaun kecil dan besar.

Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata tunas.

Buah kundang berbentuk bulat hingga lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada warna kuning atau orange apabila matang.

Buah kundang kaya dengan serat dan berjus dan dimakan segar bersama kulitnya sekali apabila matang dengan rasa masam-masam manis bergantung kepada varieti.

Buah yang muda juga digemari dan dimakan segar tetapi agak masam, namun lebih enak dicampur dengan sambal belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk. Daun muda pokok buah kundang juga boleh dijadikan ulam.

Buah kundang berukuran 3-4 cm dan terdapat satu biji yang berwarna purple atau disebut warna ‘biru biji kundang’ yang juga boleh dimakan. Buah kundang kaya dengan kandungan Vitamin A, C dan serat.

Apa yang pasti buah kundang tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi kini di Malaysia, tetapi bagi negara Thailand buah ini telah mula dikomersilkan dengan menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis.

No comments:

Post a Comment