Tuesday 1 January 2019

Air Terjun Jeram Perlus

Air Terjun Jeram Perlus antara air terjun tercantik di Selangor. Kalau anda teringin ke sini sila mantapkan mental dan fizikal. Anda bakal meniarap, menonggeng, merangkak dan melompat.

Satu lagi yang sering diingati ialah terpaksa 'bertempur' dengan pacat di segenap sudut. Jadi, ada perlu bersedia dengan keperluan untuk mengatasi masalah pacat ini.

Cara nak ke sini, parking di Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai. Mulakan trekking lebih kurang 3-4 jam.

Terletak di kawasan belantara berhampiran Empangan Pangsun, Hulu Langat, Selangor, lokasi air terjun ini jarang dikunjungi orang awam berikutan kedudukannya yang jauh dari jalan raya dan terpencil.

Untuk menjejaki Air Terjun Perlus, seseorang perlu menempuh laluan hutan hampir tiga hingga empat jam. Ini membuatkan hanya penggemar rekreasi luar yang agak lasak sahaja mampu tiba di air berkenaan.

1 comment: