Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 menyatakan menjamu sesiapa sahaja dengan makanan, minuman, bekalan, wang,
tiket atau apa saja kaedah lain bertujuan mempengaruhi seseorang secara rasuah
untuk mengundi pada pilihan raya adalah satu kesalahan.
Seksyen 8 dan seksyen lain dalam akta
sama seperti pengembangan perasaan jahat, permusuhan, pengaruh tidak wajar dan
rasuah dimulakan dengan frasa sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tidak
boleh dilakukan.
Bagaimanapun, ketika ini ialah
tiadanya definisi dalam undang-undang tersebut dalam menentukan bilakah waktu
sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tersebut.
Bagaimanapun jika kita lihat Mahkamah
Pilihan Raya di United Kingdom, mereka telah menyatakan bahawa sebelum itu
adalah apabila kita sudah tahu akan adanya pilihan raya.
Jadi, jika kes berkaitan dibawah ke mahkamah,
ini sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.
Apa yang penting semua parti politik dan calon-calon akan faham dan mematuhi bahawa tidak harus hanya melihat undang-undang itu tetapi juga mengangkat semangat undang-undang itu sendiri. Ini adalah satu isu yang sangat serius.

No comments:
Post a Comment