Tuesday 26 March 2019

Apa maksud Peraturan Lori Sampah

Apa itu dimaksudkan dengan Law of The Garbage Truck atau Peraturan Lori Sampah?  

Sikap sesetengah individu macam lori sampah. Hidup dia seharian asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori sampah dia penuh. Pada masa itu, dia sudah tidak  boleh hendak kutip sampah baru lagi. Jadi, untuk dia terus dapat mengutip sampah, dia kena cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.

Sampah yang dimaksudkan itu ialah melakukan sikap buruk seperti berdendam, suka marah, mengumpat, membuat fitnah, suka masuk campur urusan orang lain, ego, sombong, dengki, tidak mahu menerima nasihat orang lain, mudah marah, tidak mahu memaafkan orang lain dan sebagainya.

Sikap buruk itu adalah sampah yang dibawa masuk ke dalam diri. Dalam keadaan biasa, mungkin ia masih mampu dikawal dan tidak menampakkan keadaan terdesak.

Namun, jika terlalu banyak sampah sudah berada di dalam diri, ia akan terkeluar dengan sendiri atau perlu dibuang.

Sebab itu kita selalu berdepan dengan sikap individu mudah marah, sukan makan orang lain, bertindak ganas dan mengamuk tidak tentu pasal.

Jadi, untuk mengelak diri kita menjadi lori sampah, jangan sekali-kali mengamalkan sikap-sikap berbentuk sampah. Jangan bawa sampah dalam diri sendiri. Hiduplah dalam keadaan bebas sikap buruk.

Jika ada individu cuba membawa masuk sampah ke dalam diri kita, jangan terikut-ikut bertindak balas dengan tidak wajar atau melakukan sesuatu yang lebih teruk.

Kalau kita bertindak balas, itu bermakna kita telah mengambil separuh dari sampah mereka. Apabila kita mula membawa sampah dalam diri, itu bermakna kita sudah mula menjadi lori sampah dan akan terus mengutip sampah.

Jika ada sampah ingin dihumbang ke dalam diri kita, jangan mudah menerimanya. Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi lori sampah, sama seperti mereka. Apabila lori sampah anda telah penuh, anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.

Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Kerana itulah, semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, kawal diri dan menguasai perasaan sendiri. 

Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita adalah kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuhnya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Jadi, jangan buat sampah dan mencari sampah untuk dimasukkan di dalam diri kita.

No comments:

Post a Comment